Para wartawan yang ‘berkampong’ sekitar ibupejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis terpaksa menunggu lama.
Ini kerana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri telah beri keterangan sekitar lima jam di situ dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
Beliau tiba di situ jam 9.45 pagi dan keluar 3.13.petang.
Ismail Sabri telah melambai tangan kepada wartawan dan jurugambar ketika kenderaan dinaikinya sedang beredar dari situ.
Sementara itu dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan sejurus itu,Ismail Sabri kata “hari ini, saya telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberikan keterangan.
Saya akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga siasatan selesai’.
Ketua Persuruhjaya SPRM pula beritahu Ismail Sabri diarah kembali ke situ bagi sambung beri keterangan lagi esok,Jumaat.- 13/3/2025
Ismail Sabri tiba di SPRM Putrajaya untuk direkod kenyataan… Zahid kata tak ada kena mengena dengan UMNO
Bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi Khamis untuk siasatan kes penemuan wang dan emas sebanyak RM170juta baru-baru ini.
Dia tiba kira-kira 9.45 pagi dengan sebuah kereta hitam, dan melambai kepada media yang menunggu dalam perjalanan masuk.
Ini berlaku selepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pada Selasa bahawa Ismail Sabri dijadual merekodkan kenyataannya di ibu pejabat SPRM pada Khamis.
Azam juga berkata mereka juga akan merekodkan kenyataan daripada 23 saksi baharu dalam siasatan berterusan berhubung rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu.
Beliau turut mengesahkan sijil cuti sakit (MT) Ismail Sabri tamat pada Rabu.
“Beliau (Ismail) akan tiba di pejabat kami pada pukul 10 pagi Khamis. Bagi tambahan 23 saksi, mereka akan dipanggil secara berperingkat dalam beberapa hari akan datang untuk membantu siasatan,” katanya.
Azam sebelum ini berkata Ismail dipanggil sebagai suspek dalam siasatan melibatkan empat pegawai kanannya.
Malam Rabu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menepis dakwaan imej UMNO terjejas berikutan siasatan SPRM ke atas Ismail Sabri.
Menurutnya, kes dihadapi Ahli Parlimen Bera itu adalah kes individu dan tiada kaitan langsung dengan UMNO
Beliau juga menegaskan, wang tunai RM170 juta serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta ditemui SPRM juga tiada kena-mengena dengan kutipan dana politik UMNO.
“Sebagaimana yang diketahui pendirian pendirian UMNO mengenai siasatan yang sedang dilakukan terhadap Ismail Sabri, kita berpendirian UMNO tidak pernah terbabit dengan wang dan jongkong emas yang disita oleh SPRM.
“Ia tidak ada kaitan langsung untuk dana politik ataupun kutipan yang dibuat oleh UMNO.
“Tiada isu antara ahli Umno, ini adalah kes individu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan susulan.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan susulan.
“Jika tindakan perundangan sekalipun, maka itu terserah kepada SPRM dan juga Jabatan Peguam Negara,” katanya.
Dalam sidang media pada 3 Mac lalu, SPRM mempamerkan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.
Wang itu dipamerkan selepas SPRM mendedahkan, wang tunai ratusan jutaan ringgit dan barangan berharga dirampas dalam tiga premis termasuk sebuah ‘safehouse’, berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Perdana Menteri kesembilan itu.
SPRM berkata, wang tunai yang dirampas itu meliputi nilai dalam Baht, Riyal, Pound Sterling (GBP), Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan.-13/3/2025 OLEH AHMAD SAUQI ABDUL RAZAK