Sunday - 20, April 2025

Pengaruh dinasti Kit Siang merosot teruk dalam DAP…Guan Eng ‘nyawa ikan’ dalam pemilihan anggota CEC…adiknya Hui Ying tewas

Share

Pemilihan 30 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Ahad menyaksikan Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng dapat 1,719 undi nombor 26 manakala adiknya Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dapat 1,573 tersingkir dikedudukan 31.

Pada pemilihan Mac 2022 lalu Guan Eng yang merupakan bekas Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang dapat nombor lapan dan Hui Ying 15.

Undi terbanyak kali ini 2,785 diperolehi Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Orang nombor satu DAP yakni Setiausaha Agung yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke dapat nombor lima dengan 2,508.

Dua calon Melayu terpilih anggota CEC yakni Ahli Parlimen Bangi Syahreedzan Johan dapat 2,065 undi nombor 20 dan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman 1943 undi di nombor 21.

Keputusan pemilihan dua anaknya ini dikatakan satu pukulan hebat bagi dinasti Tan Sri Lim Kit Siang yang kini sudah tidak aktif dalam DAP.

Malah ramalan kuat sebelum ini mengatakan Guan Eng kemungkinan besar tersingkir dalam pemilihan CEC kali ini.

Ini dikatakan mendorong usaha untuk memujuknya tarik diri dari pemilihan CEC itu bagi mengelak kemungkinan ‘malu besar’

Kejayaan beliau memperoleh sebanyak 1,719 undi dengan kedudukan nombor 26 dikira sudah ‘nyawa ikan’ dan bukan level beliau sebagai bekas orang kuat DAP.

Hui Ying yang tewas sebelum ini dikatakan hendak ditonjolkan sebagai bakal Ketua Menteri Pulau Pinang gantikan Ketua Menteri sekarang Chow Kon Yeow.

Perang dingin antara mereka dengan Kon Yeow dan Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baru yakni Menteri Sumber Manusia Steven Sim sudah menjadi rahsia umum.

Steven Sim kini disebut sebut bakal ganti Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Guan Eng yang baru berusia 64 tahun dikatakan telah berusaha keras untuk meraih kembali pengaruhnya dalam DAP.

Dulunya semasa menjadi Setiausaha Agung DAP selama tiga penggal beliau digelar sebagai ‘tokong’ kerana cukup berpengaruh.

Satu lagi setback yang dihadapi oleh Guan Eng ialah beliau sedang berdepan dengan kes rasuah terowong bawah laut Pulau Pinang di mahkamah.

Ada pemerhati yang bawa mulut kata beliau memerlukan kekuatan politik untuk harungi badai kes itu.

Sementara itu dalam pemilihan menerusi konsensus antara kalangan 30 ahli CEC yang terpilih kedudukan Guan Eng sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan diganti oleh Gobind Singh Deo.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.

Guan Eng hanya diberi jawatan Penasihat Kebangsaan DAP.

Jawatan itu dikatakan tidak ada impak dan pengaruh politik.

Anthony Loke telah dipilih semula sebagai Setiausaha Agung DAP yakni jawatan nombor satu paling berkuasa dalam DAP.

Tiga timbalannya ialah Steven Sim, Hannah Yeoh, dan Ramkarpal Singh.

Dalam pada itu lima Naib Pengerusi Kebangsaan dilantik iaitu Chong Chieng Jen, Teo Nie Ching, Ng Suee Lim, Syahredzan Johan dan J Arul Kumar.

BERIKUT IALAH KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN 30 ORANG ANGGOTA CEC

Gobind Singh Deo- 2,785

Chong Chieng Jen- 2,631

Teo Nie Ching – 2,585

Ng Suee Lim -2,563

Loke Siew Fook (Anthony) – 2,508

Yeo Bee Yin – 2,503

Ng Sze Han – 2,437

Khoo Poay Tiong – 2,390

Chan Foong Hin – 2,362

Wong Kah Woh – 2,265

Sim Chee Keong (Steven) – 2,262

Vivian Wong Shir Yee – 2,244

Nga Kor Ming – 2,215

Lee Chin Chen – 2,172

Yeoh Tseow Suan (Hannah Yeoh) – 2,169

Alice Lau Kiong Yieng – 2,165

Liow Cai Tung – 2,139

Teo Kok Seong – 2,107

Chow Kon Yeow – 2,101

Syahredzan Bin Johan – 2,065

Young Syefura Binti Othman – 1,943

Liew Chin Tong – 1,929

Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh – 1,917

Arul Kumar A/L Jambunathan – 1,747

Kasthuriraani A/P Patto – 1,722

Lim Guan Eng – 1,719

Lee Chuan How (Howard) – 1,703

Wong Shu Qi – 1,655

Tan Hong Pin – 1,585

Ngeh Koo Ham – 1,584

OLEH HIEKAL ROSLI 16/3/2025

Read more

khabar terbaru