Monday - 21, April 2025

Lebih 17,500 sertai pemilihan PKR

Share

Ini lain macam…seramai lebih 17,500 pencalonan diterima untuk bertanding pelbagai jawatan di 222 bahagian dan peringkat pusat parti PKR.

PKR dijadual mengadakan pemilihan peringkat bahagian dari 11 hingga 20 April manakala bagi pusat pada 24 Mei.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).Dr Zaliha Mustafa kata penyertaan luar biasa pemilihan kali ini mencerminkan komitmen tinggi ahli parti dalam mengukuhkan proses demokrasi dalaman yang matang dan inklusif.

Menerusi satu kenyataan beliau berkata , “JPP ingin menzahirkan penghargaan kepada semua anggota parti yang telah menyertai proses ini dengan penuh semangat dan dedikasi.

“Penyertaan besar ini membuktikan bahawa PKR terus menjadi wadah perjuangan yang demokratik, inklusif dan terbuka kepada penyertaan akar umbi,” katanya.

Beliau berkata proses bantahan calon dibuka bermula hari ini sehingga 20 Mac, disusuli proses rayuan terhadap bantahan dari 24 hingga 25 Mac.

“Ia bagi memastikan ketelusan dan keadilan kepada semua calon bertanding,” katanya.

Sementara itu, bagi calon yang memilih untuk menarik diri atau membatalkan pencalonan, mereka diberi ruang untuk berbuat demikian sebelum 20 Mac.

Menurutnya, senarai muktamad pencalonan bagi bahagian, Pemuda dan Wanita akan diumumkan pada 28 Mac.- 18/3/2025

Read more

khabar terbaru