Sunday - 20, April 2025

Malaysia kutuk keras serangan udara Israel di Gaza korbankan lapan petugas MAPIM – PM

Share

Tindak tanduk kejam rejim zionis Israel lakukan serangan udara di Beit Lahiya, utara Gaza,Sabtu lalu telah mengorbankan lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Pada Selasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia juga mengeluarkan bantahan keras secara rasmi susulan kezaliman yang berterusan dilakukan Israel di bumi Palestin.

“Kita mengutuk keras pembunuhan dan kezaliman ke atas sukarelawan MAPIM yang bertugas untuk (misi) kemanusiaan seperti membantu pesakit dan sebagainya.

“Kerajaan secara rasmi mengeluarkan bantahan keras terhadap keganasan berterusan,” katanya.

Semalam, Ketua Aktivis MAPIM, Datuk Sani Araby dalam kenyataan memaklumkan lapan petugas kemanusiaan MAPIM terbunuh dalam serangan udara itu.

Serangan tersebut berlaku pada pukul 1.30 petang waktu Gaza ketika para petugas berkenaan sedang mendirikan khemah untuk menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat genosid berterusan.

Lapan petugas kemanusiaan yang terkorban telah dikenalpasti sebagai; Mahmoud Yahya Al-Sarraj, Bilal Hossam Oqeila, Mahmoud Samir Oselim, Mahmoud Khaled Oselim, Mohammed Al-Ghafeer, Hazem Ghareeb, Bilal Abu Matar dan Ahmad Hamad.- 18/3/2025

Read more

khabar terbaru