Thursday - 10, April 2025

Cadangan jawatan PM dihadkan 10 tahun langkah setapak ke depan…

Share

Setelah berbangkit dalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kongres Kebangsaan DAP ke-18 pada Ahad lalu,cadangan agar jawatan Perdana Menteri dihadkan kepada 10 tahun masuk ke fasa lebih serius.

Cadangan itu melangkah setapak ke depan bila Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan kabinet untuk meneliti cadangan berkenaan.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap kerajaan Datuk Fahmi Fadzil berkata, Anwar membuat arahan itu ketika mesyuarat kabinet pada Rabu.

Beliau memberitahu sidang media selepas mesyuarat berkenaan,“sebarang perkara menjurus ke arah pindaan perlembagaan perlu diberi perhatian cukup mendalam.

“Perdana menteri telah minta hal ini diteliti dan dikaji,” katanya.

Fahmi berkata walaupun cadangan itu ada dibincangkan dalam mesyuarat hari ini, perbincangan tentangnya masih di peringkat awal memandangkan ia adalah proses yang rumit.

Dalam ucapan beliau di Kongres Kebangsaan DAP ke-18 Anwar kata walaupun parti dalam gabungan Pakatan Harapan setuju dengan cadangan itu , kerajaan masih perlu mendapatkan sokongan dua pertiga di Parlimen bagi meluluskan pindaan perlembagaan.

“Kalau kuasa mutlak pada saya, esok saya luluskan tapi bezanya saya bukan diktator,” katanya.

“Jangan bimbang, kalau saya… tak mungkin lepas 10 tahun (duduk sebagai Perdana Menteri lebih 10 tahun) . Dua tahun pun sudah penat. Saya, PKR dan PH (Pakatan Harapan) bersetuju. Biar ada kesediaan, persetujuan dua pertiga, saya sendiri akan mulakan.

“Bagaimanapun, jangan bawa usul kalau belum cukup (dua pertiga) sebab pembangkang apa yang dia kata pun, jangan percayalah sebab mereka boleh berubah, fatwanya boleh berubah sepanjang masa.

Perdana Menteri menegaskan, proses itu perlu dilaksana dengan rapi dan memerlukan konsensus semua parti serta dua pertiga Ahli Parlimen.- 19/3/2025

Read more

khabar terbaru