Ramai yang merasakan perbuatan menyunting video rakaman suara takbir raya Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untukm dijadikan bahan gurauan dan sindiran sangat keterlaluan.
Antaranya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan kata ,”berbeza pandangan tidak salah; namun jangan sampai tahap menghina, mengaib dan memfitnah, apalagi dengan perkara berkait kesucian nama Allah Subhanahu wa-Ta’ala serta ketinggan Islam sebagai agama yang kita semua cintai.”
“Bukan semua perkara perlu dibangkang, bukan semua benda boleh dijadikan bahan sindiran dan gurauan sinikal.”
Menurut timbalan menteri itu takbir raya adalah tanda keinsafan serta pengagungan kepada Allah SWT atas segala nikmat-Nya.
“Setelah sebulan berpuasa dan diberikan kesempatan beribadah dan menikmati bulan penuh hidayah – Ramadan, umat Islam melaungkan takbir dengan penuh gema kegembiraan.
“Ia juga sebagai lambang perpaduan dan kekuatan ummah kerana semua umat Islam bertakbir bersama di Malaysia dan seantero dunia.
Kebelakangan ini tersebar di media sosial video yang rakaman takbir raya Anwar yang disunting agar kedengaran slow motion.
Suntingan berkenaan menjadikan suara Perdana Menteri meleret.
Mereka persenda takbir Perdana Menteri sepertri orang nazak.
Dalam pada itu ada yang bandingkannya dengan takbir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mereka kata lebih merdu.