Monday - 14, April 2025

Calon PSM ‘kacau daun’ PRK Ayer Kuning…namun ia masih jalan mudah bagi BN

Share

Hajat ramai orang nak tengok pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional(BN) dan Perikatan Nasional(PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning,Tapah Perak tidak kesampaian.

Ini bila calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS ‘kacau daun’mencelah masok di penamaan calon di Dewan Merdeka, Tapah pagi Sabtu.

BN diwakili Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, sementara PN meletakkan Pengerusi PN Tapah, Abd Muhaimin Malek, 44 sebagai calon.

Bawani,40 tahun ialah Timbalan Setiausaha Agung PSM.

Terdahulu, Abd Muhaimin menyerahkan borang pencalonan pada 9.01 pagi, diikuti Mohamad Yusri pada 9.06 pagi.

Bawani yang menarik perhatian ramai apabila hadir ke pusat penamaan bersama para penyokong dengan menaiki traktor sebagai gimik pula menyerahkan borang pencalonannya pada 9.15 pagi.

Apapun kemasukan Bawani dijangka tidak beri sebarang kesan kepada PRK itu.

Bawani pernah bertanding di kerusi itu pada pilihanraya negeri pada 2022 dan hanya mampu mendapat 586 undi sahaja.

Pada pilihanraya 2022 lima calon bertanding yakni BN,Pakatan Harapan,PN,GTA dan PSM.

Tolak sebelah sebarang spekulasi…ramai pemerhati politik masih melihat diatas kertas kerusi DUN Ayer Kuning pasti akan kekal milik BN.

Apa lagi kalau pukul borong campur undi dalam kontek kerajaan perpaduan.

Undi BN diperolehi oleh Allahyarham Ishsam Shahruddin sebanyak 9,088 dan undi calon PH Mohd Nazri Hashim 6,875 menjadikan jumlahnya 15,963 undi.

Pemilih berdaftar Kawasan itu ialah 31,897

Selama ini DUN Ayer Kuning terus menerus menjadi milik BN sejak pilihanraya tahun 1986 dan sehingga kini masih kekal sebagai salah satu kubu kuat UMNO di Perak.

Menjelang penamaan calon pemimpin dan para penyokong parti dilihat mula berkumpul seawal 7 pagi bagi memberikan sokongan moral kepada bakal calon masing-masing.

Mohamad Yusri yang lengkap berpakaian baju Melayu dan bersamping biru hadir ke Dewan Merdeka diiringi Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sokongan turut dizahirkan pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan, antaranya Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Abd Muhaimin pula hadir bersama rombongan termasuk Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya dari BN Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN itu pada 26 April, sementara pengundian awal pada 22 April.- 12/4/2025

Read more

khabar terbaru