
KEMASKINI : Liputan internet di kawasan DUN Ayer Kuning terus laju selepas ditegur Menteri Komunikasi
Dalam dunia zaman sekarang liputan internet merupakan satu kemudahan yang wajib ada…apa lagi di kawasan sedang berlangsungnya kempen pilihanraya kecil seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Tapah.
Kemudahan liputan internet yang tdak sangkt angkut sangat diperlukan khususnya oleh para wartawan yang membuat liputan kempen serta petugas parti yang bertanding.
Baru baru ini timbul rungutan ramai pihak mengenai masalah liputan internet dan telekomunikasi yang tidak memuaskan di 27 lokasi dalam kawasan DUN Ayer Kuning hingga menimbulkan pelbagai kesulitan.
Setelah mendapat maklumat mengenai masalah itu Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil terus membuat teguran terbuka dan meminta pihak penyedia perkhidmatan segera bertindak mengatasinya.
Bahagian Komunikasi Korporat MCMC menerusi satu kenyataan memberitahu Isnin beberapa langkah proaktif telah diambil oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti yang diarahkan oleh MCMC bagi mengatasi masalah berkenaan.
Terbaru…ekoran tindakan pantas menteri masalah ini telah berjaya diatasi.
Kalangan wartawan dan petugas kempen pilihanraya semua gembira menikmati kelajuan liputan internet.
Mereka mengucapkan terima kasih kepada Fahmi dan MCMC yang proaktif dalam menyelesaikan masalah.
Penamaan calon pilihanraya kecil di situ dimana tiga calon bertanding berlangsung pada 12 April baru ini manakala pembuangan undi ialah pada 26 April.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya dari BN Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Februari lepas. -16/4/2025
Berita sebelum ini : MCMC bertindak segera atasi masalah liputan internet dan telekomunikasi di kawasan DUN Ayer Kuning
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan segera susulan teguran Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengenai masalah liputan internet dan telekomunikasi yang tidak memuaskan di 27 lokasi dalam kawasan pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Tapah.
Bahagian Komunikasi Korporat MCMC memberitahu Isnin beberapa langkah proaktif telah diambil oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti yang diarahkan oleh MCMC bagi mengatasi masalah berkenaan.
Beberapa lokasi telah dikenal pasti sebagai kawasan keutamaan, termasuk:i. Pusat Penamaan Calon di Dewan Merdeka Tapah;ii. 21 Pusat Mengundi di sekitar DUN Ayer Kuning;iii. Pusat Media di Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Batang Padang; dan iv. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Kuning dan NADI PPR Sri Bidor.
Katanya setakat 6:00 petang Ahad semalam, semua penyedia perkhidmatan iaitu CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL telah mengemukakan pelan tindakan terkini yang ditambah baik kepada MCMC.
Antara inisiatif penambahbaikan yang telah dirancang termasuk pengoptimuman stesen pemancar sedia ada; pemasangan pemancar sementara; dan perkongsian infrastruktur antara penyedia perkhidmatan.
Selain itu, Kaunter Aduan MCMC turut dibuka di Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Batang Padang, Tapah dari 12 hingga 26 April 2025 bagi mendekati masyarakat setempat. Kaunter tersebut beroperasi setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 9.00 malam bagi menerima sebarang aduan berkaitan telekomunikasi, pos, dan isu lain di bawah bidang kuasa MCMC.
MCMC akan terus memantau prestasi liputan secara harian dan akan menyampaikan sebarang aduan baharu terus kepada penyedia perkhidmatan untuk tindakan segera.
Sebarang kelewatan atau ketidakpatuhan terhadap arahan ini akan dikenakan tindakan penguatkuasaan selaras dengan peruntukan undang-undang yang terpakai.- 14/4/2025