Antara yang mencuri perhatian semasa memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjd Negara Selasa sebelum pengkebumian tentulah kehadiran dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Allahyarham Abdullah dilantik jadi Perdana Menteri ambilalih jawatan dari Dr Mahathir pada 2003 manakala Najib dilantik jadi Perdana Menteri setelah Allahyarham letak jawatan pada 2009 tidak lama selepas pilihanraya umum 2008.
Dalam lipatan sejarah politik negara semua orang tentu sedia maklum tentang ‘ masalah’ yang timbul antara Abdullah dan Dr Mahathir semasa beliau memimpin negara.
Pada awalnya semua berjalan lancar namun kemudian Dr Mahathir mengkritik beberapa isu dalam pentabiran negara Waktu itu hingga mencetuskan suasana panas dan senario politik negara.
Sementara itu Najib mendapat kebenaran khas dari Jabatan Penjara untuk ke Masjid Negara bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abdullah.
Peguam Muhammad Shafee Abdullah kata kebenaran itu dimaklumkan kepada mahkamah ketika Najib sepatutnya hadir ke perbicaraan kes rasuah 1MDB.
Najib tiba di Masjid Negara kira-kira pada pukul 10.30 pagi dan dikawal ketat oleh anggota Jabatan Penjara.
Beliau dibenarkan untuk menyapa anak Pak Lah, Kamaluddin untuk menyampaikan ucapan takziah.
Sementara itu hadir sama beri penghormatan terakhir di situ ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.- 15/1/4/2025