Wednesday - 16, April 2025

‘Orang besar’ Bersatu ditahan SPRM…

Share

Bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Mohamad Ali Mohamad yang kini Timbalan Ketua Penerangan Bersatu Malaysia telah ditahan SPRM pada Isnin.

Peguam beliau Rafique Rashid Ali berka6ta penahanan itu ada kaitan dengan kes rasuah.

Mohamad Ali yang digugurkan keahlian UMNO kerana menyertai parti Bersatu Mei tahun lalu ditahan semasa serbuan SPRM ke rumahnya di Tangga Batu 6.30 petang semalam.

SPRM turut mengambil keterangan daripada isteri dan anak-anaknya di pejabatnya di Melaka.

Mereka dibebaskan kira-kira pada pukul sembilan malam semalam.

Rafique berkata “setakat ini, kami hanya dimaklumkan yang dia ditahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM, berhubung dakwaan rasuah.

“Kami belum mendapat maklumat penuh berhubung dakwaan. Kami menjangkakan pegawai penyiasat akan memaklumkannya nanti.”

Menurut Rafique pagi ini Nohamad Ali dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.- 15/4/2025

Read more

khabar terbaru