Sunday - 20, April 2025

Pemilihan PKR: Afdlin Shauki tumbangkan menteri Nik Nazmi di Setiawangsa

Share

Ini kes berat bagi Nik Nazmi Nik Ahmad kerana beliau berjawatan seorang menteri.

Siapa sangka Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar tumbang di tangan selebriti Afdlin Shauki dalam saingan jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa,Kuala Lumpur.

Dalam pada itu Nik Nazmi ialah salah seorang Naib Presiden PKR pusat.

Pada pemilihan yang sengit itu Afdlin dapat 631 undi manakala Nik Nazmi 563 undi.

Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa mempertahankan jawatan sebagai ketua cabang di situ.

Ini adalah kali kedua Afdlin berentap dengan Nik Nazmi untuk jawatan ketua cabang.

Afdlin menyertai PKR pada 2021 tewas pada Nik Nazmi pada pemilihan tahun 2022.

Dalam kempennya Afdlin mendakwa Nik Nazmi “terlalu sibuk” dengan tugas lain, justeru beliau ingin menawarkan alternatif kepada ahli akar umbi.

Beliau juga mendakwa dapat maklumat ada kalangan ahli parti yang mendakwa “tidak pernah bertemu” Nik Nazmi selama memegang jawatan ketua cabang.

Nik Nazmi ada pengalaman luas dalam politik.

Selain Naib Presiden PKR,beliau antara lain pernah jadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tahun 2006 hingga 2008, Ketua Pemuda PKR dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau menang kerusi Parlimen Setiawangsa pada pilihanraya umum 2018.

Nik Nazmi dilantik menteri dalam kerajaan perpaduan 2022.

Bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar ini adalah pelajar jurusan undang undang King’s College, University of London.

Afdlin pula terkenal sebagai pelawak,pelakon dan pengarah filem.- 19/4/2025

Read more

khabar terbaru