Sunday - 20, April 2025

Lagi kes Jalur Gemilang tanpa bulan sabit…

Share

Ibarat macam penyakit yang berjangkit…ada kes baru paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.

Kalau sebelum ini kesilapan serius itu melibatkan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily kes baru ini berlaku di pameran barangan bayi di sebuah komplek membeli belah dekat Bangsar.

Pada pameran dari 17 hingga 20 April itu Jalur Gemilang berkenaan dipaparkan di salah satu booth di pameran berkenaan.

Pihak penganjur,TCE Baby Expo dengan segera membuat permohonan maaf susulan insiden itu.

Ia mengakui kesilapan itu merupakan isu sensitif yang menyinggung rakyat Malaysia.

Katanya, TCE Baby Expo mengambil tindakan segera dengan menghentikan dan menutup kiosk Singapore Lactation Bakes (SLB), pempamer yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

“Walaupun kandungan tersebut datang dari pihak pempamer, kami tidak mengambil ringan tentang isu ini kerana TCE Baby Expo dibina atas kepercayaan dan kepercayaan anda adalah penting bagi kami.

“Kami mohon sedikit masa dan kesabaran daripada orang ramai untuk kami selesaikan perkara ini sebaik mungkin,” katanya.

Selain itu, katanya, video yang menunjukkan bendera itu juga telah diturunkan.

Tambah TCE Baby Expo lagi, pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman dan bekerjasama dengan semua pihak terlibat demi memastikan tindakan diambil sewajarnya.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO,Datuk Dr Akmal Saleh dalam ulasan ringkas di facebooknya kata “selagi tidak gubal undang-undang untuk kenakan hukuman yang berat pada mereka ini,selagi itulah negara ini diperlekehkan sebegini rupa tanpa rasa hormat.

“Buat dulu,baru minta maaf’-19/4/2025

Read more

khabar terbaru