Saturday - 26, April 2025

AWAS…KKM akan perhebat operasi kesalahan merokok di kawasan larangan

Share

Nampak gayanya masih ramai lagi kaki rokok yang tidak pedulikan peraturan kawasan larangan merokok.

Perbuatan ini sebenarnya bukan hal kecil kerana ia melibatkan kesihatan orangramai di Kawasan sekitar.

Cuba bayangkan jumlah yang kena notis sejak Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dikuatkuasakan 1 Oktober 2024 hingga 31 Mac lalu.

Bukan sedikit…jumlahnya ialah 37,381 notis pelbagai kesalahan yang berkaitan.

Angka ini diberitahu Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli pada Majlis Pelancaran Op Cakna Penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam Siri 2/2025, pada Isnin.

Katanya berkata jumlah itu direkodkan hasil daripada 10,212 operasi yang dijalankan di seluruh negara.

Beliau berkata sebanyak 116 kes telah dibawa ke mahkamah melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Larangan Pengiklanan Produk Tembakau, Seksyen 9(1) Larangan Promosi atau Tajaan Produk Tembakau, Seksyen 10(1) Larangan Penjualan Produk Tembakau, Seksyen 11(1) Larangan Penjualan Produk Tembakau Tiruan dan Seksyen 12(1) Larangan Produk Tembakau Sebagai Pemberian Hadiah.

“Dalam tempoh itu juga, KKM telah menyita 11,563 produk merokok bernilai RM266,833.10.

“KKM telah melaksanakan penguatkuasaan pendidikan kepada 206,657 individu yang mempunyai kaitan dengan jualan rokok bagi memastikan mereka memahami dan mematuhi penguatkuasaan Akta 852,” katanya.

Dr Norhayati berkata KKM memandang serius kesalahan merokok di premis yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan sekali gus akan memperhebat operasi berkaitan di seluruh negara tahun ini. – 22/4/2025

Read more

khabar terbaru