Saturday - 3, May 2025

Indeks kebebasan media: Malaysia naik 19 anak tangga pada kedudukan ke 88

Share

Ini satu perkembangan menarik dalam konteks indeks kebebasan media di negara ini.

Tahukah anda bahawa Malaysia berjaya melonjak sebanyak 19 anak tangga untuk kini berada di kedudukan ke-88.

Indeks Kebebasan Media Dunia menilai tahap kebebasan media di 180 negara berdasarkan faktor seperti konteks politik, kerangka perundangan, kebebasan media, ketelusan dan keselamatan wartawan.

Reporters Without Borders (RSF) melaporkan, Malaysia memperoleh skor 56.09 mata pada tahun ini berbanding 2024 yang merosot 34 tempat ke kedudukan 107 dengan skor 52.07.

Bagaimanapun, kedudukan itu masih lagi belum mampu untuk mengatasi pencapaian Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 yang mana Malaysia berada di kedudukan ke-73.

Sementara itu, dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia berada di kedudukan kedua selepas Thailand (ke-85), namun mengatasi Brunei (ke-97), Filipina (ke-116), Singapura (ke-123), Indonesia (ke-127), Laos (ke-150), Kemboja (ke-161), Myanmar (ke-169) dan Vietnam (ke-173). – 2/5/2025

Read more

khabar terbaru