Kisah Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli bercuti terus menjadi bualan hingga timbul spekulasi kononnya beliau merajuk dan hendak letak jawatan.
Ini semua gara gara pemilihan peringkat cabang PKR dimana sebilangan ‘orang Rafizi’ tewas.
Antara mereka ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,bekas Ketua Cabang PKR Setiawangsa dan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir yakni bekas Ketua Cabang Johor Bharu.
Selain itu Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung.
Perkembangan ini juga mendorong beberapa pihak gesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution bertanding sekali lagi jawatan Timbalan Presiden PKR dimana beliau tewas pada Rafizi dalam pemilihan lalu.
Perdana Menteri yang juga Presiden PKR yang diasak para wartawan dengan soalan pasal Rafizi selepas tunai sembahyang Jumaat di Kuala Langat telah ‘potong’ kehangatan isu itu.
Baginya tiada isu langsung Rafizi bercuti beberapa hari.
“Cuma beberapa hari.Biarlah dia bercuti…tiada isu,”katanya.
Beliau sebaliknya bertanya adakah peraturan seseorang tidak boleh ambil cuti? Saya sendiri nak ambil cuti beberapa hari.
Kata Anwar beliau mungkin ambil cuti selepas Sidang Kemuncak Asean nanti.- 2/5/2025