Saturday - 3, May 2025

Proses pemilihan pimpinan PKR pusat ditangguh ke 8 dan 9 Mei

Share

Proses pencalonan dan pemilihan pucuk pimpinan pusat PKR yang dijadualkan esok,3 Mei dan 4 Mei telah ditangguhkan kepada 8 dan 9 Mei.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) Dr Zaliha Mustafa memberitahu hal itu menerusi satu kenyataan.

Bagaimanapun beliau tidak beri sebarang sebab tentang keputusan berkenaan.

“Dimaklumkan bahawa jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) telah memutuskan untuk menangguhkan proses pencalonan pemilihan peringkat pusat yang dijadualkan pada 3 dan 4 Mei.

“Tarikh baru pencalonan peringkat pusat akan berlangsung pada 8 Mei bermula jam 12 pagi hingga jam 11.59 malam pada 9 Mei.

“Seluruh proses akan dijalankan secara dalam talian,” kata kenyataan itu.

Setakat ini tidak dapat dipastikan samaada ia ada kaitan dengan polimek beberapa pihak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap proses pemilihan peringkat cabang yang berlangsung baru-baru ini.

Sebilangan ‘orang Rafizi’ telah tewas dalam pemilihan ketua cabang termasuk ada yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri,

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa juruaudit bebas dilantik untuk menangani aduan yang diterima mengenai dakwaan penyelewengan proses pemilihan.- 2/5/2025

Read more

khabar terbaru