Thursday - 8, May 2025

Timbalan Presiden PKR: ini kenyataan Nurul Izzah

Share

Nurul Izzah Anwar pada Rabu mengeluarkan satu kenyataan yang yang belum lagi jawap ‘ya atau tidak’ pada desakan agar beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Beliau antara lain cuma kata akan beri keputusan terbaik.

KENYATAAN MEDIA

Setulusnya, saya menghormati lagi menghargai pandangan akar umbi untuk saya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.

KEADILAN sedang berada dalam fasa penting. Justeru, segala keputusan yang bakal diambil haruslah mempertimbang bukan sahaja keperluan menyatu dan memperkukuh jalinan sesama sahabat seperjuangan, tetapi juga
keperluan membawa nafas baharu dan perubahan bermakna demi memastikan parti ini terus relevan dan diyakini rakyat Malaysia.

Saya akan memberi keputusan terbaik mengimbangkan antara kesepakatan, jalinan dengan persahabatan dan perubahan serta reformasi bermakna buat semua anggota.

Kita beri kata putus bukan untuk mana-mana individu, tetapi demi usaha membina masa depan KEADILAN secara bersama di kala suka dan duka. Insya-Allah.

NURUL IZZAH ANWAR

-7/6/2025

Read more

khabar terbaru