Monday - 12, May 2025

Rafizi tak bimbang sokongan gemuruh untuk Nurul Izzah…akan letak jawatan menteri jika kalah

Share

Datuk Seri Rafizi Ramli buka tirai kempen untuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR dengan menegaskan beliau tidak bimbang pada sokongan demi sokongan untuk Nurul Izzah Anwar kerana ia tidak semestinya sentimen sebenar akar umbi parti.

Katanya jumlah perwakilan yang layak mengundi pemilihan PKR ada sekitar 30,000 orang dan buka setakat kalangan Pengerusi PKR negeri atau ketua cabang yang suarakan sokongan sahaja.

Menteri Ekonomi itu juga menilai ada sesetengahnya mungkin bertindak ‘lebih sudu dari kuah’ seolah untuk tunjuk beliau semakin kehilangan sokongan.

Rafizi yang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dicabar oleh Nurul Izzah yang kini Naib Presiden PKR.

Anak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang namanya baru muncul minggu lalu dalam percaturan pemilihan tiba tiba mendapat sokongan gemuroh dari pelbagai kalangan dalam PKR.

Dalam podcastnya ‘Yang Bakar Menteri’ dibawah tajuk ” Yang Berhenti Menteri’ yang bersiaran secara langsung selama dua jam di sebuah dewan di Seri Kembangan, Selangor, Sabtu malam Rafizi kata beliau akan letak jawatan menteri jika tewas.

Katanya dalam politik beliau berpendirian sesuatu keputusan parti harus diterjemahkan dalam kerajaan.

“Bila ada pemilihan,keputusan (kena) terjemahkan dalam kerajaan (kalau tidak) baik buat parti tuperware…kebiasaan dalam politik Malaysia bila kalah mati mati tak mau tinggal kabinet,”katanya.

Beliau beri contoh mengenai lantikan jawatan dalam kabinet yang tidak ikut kehendak parti semasa kerajaan 22 bulan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menang pilihanraya 2018.

Beliau dakwa keadaan kabinet ‘tidak sempurna’ waktu itu.

Menurut Rafizi jika tiada dalam jemaah menteri beliau boleh lebih bebas bersuara.

Beliau beri contoh sekarang misalnya seperti tidak setuju Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Persuruhjaya SPRM.

Katanya sebagai anggota jemaah menteri beliau tidak boleh bersuara kerana ia langgar etika.

Namun katanya beliau tidak akan bersara dari politik.

Ini kerana beliau masih Ahli Parlimen kawasan Pandan,Selangor dan juga Ketua Cabang PKR Pandan.

“Saya MP dan Ketua Cabang di Pandan mana boleh cabut gitu,”katanya.

Ditanya mengenai isu nepotisme yang menyelubungi Nurul Izzah sebagai anak Presiden PKR,Rafizi berpendapat memang tidak boleh lari dari persepsi itu dan ia akan terus berlegar.

“Saya bimbang persepsi rakyat di luar..kita boleh bagi alasan…hakim kita ada dua…satu pengundi…dua Allah.

Menurutnya apa yang penting ia harus dijawab dengan baik dan hujahnya dapat diterima oleh orangramai.

Katanya beliau selalu sebut menjadi hak setiap ahli parti untuk bertanding dan baginya Nurul Izzah ada cukup hujah untuk tujuan itu.

Bagaimana pula tentang peluangnya dalam pemilihan ini.

Rafizi tidak ulas panjang tetapi cuma kata ringkas untuk gambarkan peluangnya,”saya dah boleh baca dah siapa boleh menang kalah…” – 11/5/2025 – OLEH HIEKAL ROSLI

Read more

khabar terbaru