Monday - 12, May 2025

PM buat lawatan kali kedua ke Russia…

Share

Sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2022…Datuk Seri Anwar Ibrahim akan buat lawatan kali kedua ke Russia.

Beliau akan ke sana selama tiga hari bermula esok hingga 16 Mei ini.

Lawatan ini bagi memenuhi undangan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Hal ini dimaklum Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah semasa sesi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri pada Isnin.

Katanya Anwar akan ke Moscow bermula 13 hingga 15 Mei ini dan kemudian ke Kazan, Tatarstan.

“Ketika di Moscow, beliau akan berucap di Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO), mengadakan perjumpaan dengan ahli perniagaan Russia dan mengadakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia di Moscow,” katanya.

Di Kazan pula, Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada sesi plenari KazanForum, 16 Mei ini.

“Beliau juga akan menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Strategic Vision Group dan mengadakan pertemuan dengan Rais Tatarstan.

Pada September tahun lalu, Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja dua hari ke bandar raya pelabuhan utama di wilayah Timur Jauh Rusia iaitu Vladivostok.

Beliau menghadiri Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF) di samping menyampaikan ucapan pada sidang pleno acara tersebut.- 12/5/2025

Read more

khabar terbaru