Betulkah jika Nurul Izzah kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR ia akan beri kesan besar pada pengaruh politik bapanya,Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Bekas Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution pada pagi Selasa menjawab dakwaan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli Isnin malam.
Rafizi yang dicabar oleh Nurul Izzah dalam pertahankan jawatanya, Timbalan Presiden PKR bangkitkan hal ini semasa ceramahnya dalam kempen Zon Utara di Kulim.
Beliau mengejutkan ramai pihak apabila dalam ucapan di ceramah itu secara terbuka ajak perwakilan PKR nanti beri undi pada Nurul Izzah dalam pemilihan jawatan nombor dua.
Katanya ini kerana kekalahan Nurul Izzah akan beri gambaran bahawa ahli PKR sendiri menolak Anwar sebagai Presiden parti.
“Kalau contohnya Izzah kalah, apa mesejnya kepada rakyat? Contohnya mesejnya ialah anggota PKR menolak Anwar Ibrahim.
“Kalau kalah… jadi sebab itu Nurul Izzah mesti menang. Dia mesti menang sebab kalau kalah itu, kita akan masuk pilihan raya dalam keadaan yang kita tak boleh gambarkan berdepan pembangkang dan polemik politik dalam dan luar kerajaan,”katanya.
Ditemui wartawan selepas menghadiri himpunan bulanan di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya,Saifuddin tegas berkata beliau tidak lihatnya begitu.
Beliau menilai pertandingan berkenaan cuma terhad pada Rafizi dan Nurul Izzah sahaja.
“Saya tidak melihat Nurul Izzah menang sebagai tanda sokongan pada Anwar atau kekalahan sebagai penolakan pada Anwar…saya tidak lihat begitu.
Ditanya pula mengapa beliau tidak jadi masuk bertanding jawatan itu, Saifuddin menegaskan keutamaannya sentiasa adalah menjaga kestabilan parti.
Sebagai ahli lama PKR, beliau melihat pada peranan sebagai “suara menyederhanakan”.
“Buat masa sekarang, saya masih Ketua Setiausaha Pakatan Harapan. Saya bertanggungjawab kepada gabungan empat parti, mengawal the engine room, pentadbiran day-to-day kepada Pakatan Harapan.
“Saya juga ahli Biro Politik dalam PKR. Jadi, dengan dua tanggungjawab itu, saya masih boleh memberikan peranan,” kata Saifuddin.- 13/5/2025