Monday - 19, May 2025

Kempen Timbalan Presiden PKR : Rafizi ‘makin garang’

Share

Jumaat malam…ketika Nurul Izzah adakan pertemuan secara tertutup dengan penyokongnya di Kuantan…Datuk Seri Rafizi Ramli pula tampil garang diatas pentas di Kota Bharu dengan membuka beberapa kisah dalaman parti yang panas.

Senarionya membuat ada kalangan pemerhati politik menilai Menteri Ekonomi itu yang kini berdepan tekanan sokongan yang meluas pada Nurul Izzah seolah sudah masuk gear ‘do or die’ dalam usaha mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Beliau antara lain secara terbuka seolah dakwa anak Perdana Menteri itu cuba ketepikan peranannya sebagai pengarah bersama PKR untuk pilihanraya umum 2018.

Sedangkan dakwanya beliaulah yang main peranan utama sebagai jururunding dalam pembahagian kerusi dan sebagainya sehingga kepentingan parti itu terpelihara.

Katanya seorang lagi yang main peranan penting waktu itu ialah Datuk Seri Saifuddin Nasution.

“Jangan padam sejarah (peranan beliau dan Saifuddin)…angkanya semua saya punya,”tegasnya.

Kata Rafizi beliau juga turut serta bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Nurul Izzah dalam rundingan saat akhir dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi penentuan nama bakal Perdana Menteri yang hendak diumumkan.

” (Rancang) Hari Sabtu nak umum tetapi hingga Jumaat (rundingan) belum selesai,”katanya.

Menurutnya pada waktu itu parti Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin nak bertanding 80 kerusi.

Katanya banyak pertindihan kerusi berlaku yang merugikan PKR.

Beliau menjelaskan kalau tampil lembik waktu itu sudah tentu mereka ‘kena makan’ dengan Dr Mahathir.

Dakwanya gara gara pendirian tegasnya termasuk bertindak keluar dari mesyuarat hingga Wan Azizah dan Nurul Izzah panik…akhirnya Dr Mahathir telah panggil mesyuarat tergempar untuk muktamadkan rundingan.

Pada pilihanraya umum itu Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tewas dan Dr Mahathir ketuai kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan.

Rafizi mengingatkan jawatan Timbalan Presiden PKR sangat penting dan penyandangnya mesti mantap kerana wajib main utama peranan untuk memastikan parti menang dalam pilihanraya.

“Runding kerusi bukan setakat jerit reformasi..kena tahu strategi…jadi jangan mudah petik…seolah semua mudah,”ujarnya.

Katanya sebagai perunding juga merupakan peranan yang dibenci orang.

Rafizi gambarkan banyak lagi peranan yang dimainkan dalam percaturan waktu itu tetapi tidak mahu dianggap ‘angkat bakul sendiri’.

Beliau mengingatkan waktu PRU2018 ia cuma melibatkan empat parti sahaja dan kini kerajaan perpaduan sebanyak 18 parti gabungan.

” (Tukang) Runding kena garang…kalau tidak habis kerusi kita diminta…lain kali petik nama aku (lagi)…habis aku cerita,”katanya.

Rafizi juga mendakwa Nurul Izzah asalnya tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Pakatan Harapan dan beliau juga berdepan masalah untuk yakinkan Wan Azizah mengenainya.

Pada waktu itu Anwar berada dalam penjara.

Katanya beliau dan Saifuddin yang pelopori usaha itu setelah PAS ‘hendak bercerai’ tidak mahu lagi bersama mereka kerana bimbang sukar dapat sokongan orang Melayu.

Beliau juga beritahu pada waktu itu Datuk Seri Azmin Ali menguasai PKR dan tidak setuju langsung dengan cadangan itu.

Dakwanya Azmin takut beliau hilang jawatan Menteri Besar Selangor apabila Pakatan Harapan tanpa PAS.

Rafizi juga dakwa beliau yang ‘putihkan’ kerusi parlimen Pandan,Selangor yang lama sebelum itu merupakan kubu kuat Barisan Nasional.

Beliau menang kerusi parlimen Pandan menewaskan Presiden MCA Datuk Ong Tee Keat dengan majoriti 26,729 pada pilihanraya umum 2013.

Pada Pilihanraya 2018 Wan Azizah pula bertanding disitu dan menang besar.

Menurut Rafizi kini ramai ‘beratur’ nak bertanding di Pandan kerana tahu ia kerusi selamat.

Beliau bangkitkan hal ini kerana ada pengkritiknya persoal kenapa tidak balik bertanding di kampongnya di Kemaman,Terengganu.

Rafizi juga mempersoalkan keperluan adakan pemilihan jawatan PKR kali.

Katanya sebelum ini mesyuarat Biro Politik PKR sendiri memutuskan tidak akan buat pemilihan kali ini.

“Kebodohan apa berlaku pada PKR tahun 2025…semua elok tiba tiba pi goncang…kenapa porak perandakan parti…..jadi kecoh,”katanya.

Beliau tegas berpendapat pemilihan parti wajar ditangguhkan hingga selepas pilihanraya umum akan datang.

Beliau mendakwa pemilihan ini diadakan atas alasan untuk membawa masuk ‘bakat bakat baru’ dalam parti.

Katanya kenapa perlu ambil risiko buka ruang bagi oportunis masuk ke dalam parti.

“Sekarang nasi sudah jadi bubur,”katanya.

Beliau dakwa kini wujud sindrom ‘takut kena ambil gambar’.

Ini merujuk kepada tindak tanduk kalangan ahli PKR yang dakwanya takut menghadiri acara kempennya dan rakan lain untuk pemilihan kali ini.

Katanya ini bukan budaya yang diamalkan dalam PKR.

Sedangkan katanya zaman reformasi dulu lagi dilarang Dr Mahathir lagi ramai datang.

Rafizi juga pertahankan cadangannya ajak Nurul Izzah berdebat.

“Debat…ini parti debat…tak bolehlah masa pembangkang (dulu) kita kejar Najib (ajak) debat…(sekarang jadi) kerajaan (kata) debat bukan budaya kita.”katanya.- 17/5/2025

Read more

khabar terbaru