Wednesday - 21, May 2025

Rafizi buat kejutan di akhir kempen…dakwa boleh menang Timbalan Presiden PKR

Share

Tak tahulah apa strateji Datuk Seri Rafizi Ramli…namun pada saat akhir sebelum menutup kempen jelajah HIRUK di Johor Bharu Selasa malam,beliau secara terbuka dakwa boleh pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam hadapi tentangan Nurul Izzah Anwar.

Namun dalam ucapan lebih sejam itu Menteri Ekonomi juga secara berjenaka kata beliau akan sakit jantung terkejut kalau menang.

Beliau dakwa kalau ikut culaan dari keputusan pemilihan di cabang cabang PKR baru baru ini beliau boleh menang.

Katanya sekalipun ada kalangan ketua cabang PKR ‘kena kerat’ yakni tewas dalam pemilihan di cabang namun sebahagian besar ahli jawatankuasa cabang di bawah masih menyokongnya.

“Yang kena kerat hanya kepala (ketua cabang) tetapi ahli jawatankuasa menang,”katanya.

“Culaan kita di setiap cabang majoriti sebenarnya saya tak ada masalah menang Timbalan Presiden…saya nak cakap terus terang,”ujarnya.

Rafizi juga dakwa selain sokongan perwakilan…komen dan reaksi di media sosial mengenai pemilihan itu semasa tempoh kempen kebanyakan memihak kepadanya.

Untuk rekod seramai 30,000 perwakilan akan mengundi secara fisikal dan secara atas talian pada 23 Mei ini menjelang Kongres Nasional PKR di Johor Bharu.

Apapun Rafizi juga kata ramalan beliau mengenai kemenangan itu bergantung kepada sistem pengundian yang dilaksana dengan betul dan adil.

“Masalahnya sistem (pengundian)…(jangan) kalau masuk A keluar B…,”katanya.

Sebelum ini Rafizi dan teamnya telah mendakwa sistem pemilihan kali ini pincang dengan berbagai masalah.

Juga dalam kempen jelajah HIRUK ke negeri negeri lain Rafizi berulang kali kata beliau sukar menang.

Malah dalam kempennya di Kulim,Kedah beliau buat kenyataan meminta beri undi pada Nurul Izzah dan jika anak Perdana Menteri itu tewas orang akan kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak oleh parti sendiri.

Beliau juga mempertikaikan lantikan vendor untuk buat sistem pemilihan parti kali ini.

Katanya sekalipun Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh persoalkan kenapa beliau tidak bangkitkan hal itu semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang turut dihadirinya,Rafizi kata waktu itu beliau memilih untuk ‘ bersangka baik’.

Beliau mendakwa jawapan Fuziah ibarat ‘jawab yang tidak jawab’.

Rafizi juga dakwa beliau asalnya tidak minat nak bertanding pertahan jawatan.

Namun katanya apa yang buat dirinya jadi kasar begini kerana tidak sanggup melihat apa yang dakwanya ahli dibawah berdepan sistem pemilihan yang tidak sempurna.

Menyentuh tentang dirinya…dengan nada suara yang nyaring dan tinggi beliau berkata,” kalau nak kerat saya…cakaplah…tapi depan cakap lain…umum lain…atur lain…apa benda ni.”

Beliau menilai pemilihan kali ini adalah pertembungan antara kumpulan reformis asal yang tidak peduli soal nak rebut jawatan atau main duit dengan kumpulan yang menangguk di air yang keruh.

” Orang lain susah payah (buat kerja) bagi menang…bila menang ramailah (dari luar) yang beratur ambil kesempatan”,”katanya menjelaskan tentang kumpulan yang menangguk di air keruh yang dimaksudkan.

Untuk menghakis tindak tanduk pihak yang cuba ambil kesempatan cara begitu,beliau mencadangkan selepas ini kena tetapkan jadi ahli parti sekurangnya lima tahun baru boleh bertanding.

Katanya satu lagi wajar cabut ‘kuasa istimewa’ yang ada Presiden parti boleh bagi perlepasan kepada mana mana individu boleh bertanding jawatan sekalipun tidak cukup setahun sertai parti.

Beliau menegaskan adalah memalukan bila orang luar tanya macam mana orang seperti bekas Bendahari MIC,(R Ramanan) yang baru masuk parti dapat bertanding kerusi parlimen selamat dan dilantik jadi Timbalan Menteri dan sekarang nak bertanding jawatan Naib Presiden PKR.

Katanya sewajarnya semua kena bergiat dan berjuang dalam parti bermula dari bawah dulu.

“Saya simpati dengan Izzah …saya cakap terus terang…kerana ada orang yang menunggangnya kearah itu…kerana mereka tahu selagi saya ada susah (mereka) nak buat kerja (kerana saya akan bantah mana saya tidak setuju).

Menurutnya ada juga orang hairan kenapa pemilihan kali ini riuh macam nak ‘pecah kampong’ berbanding dulu.

Katanya ini kerana kali ini penggal terakhir bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti.

Untuk rekod ikut peraturan parti seseorang itu cuma boleh pegang jawatan Presiden PKR selama tiga penggal sahaja.Anwar sudah pegang jawatan dua penggal.

Berikutan pemilihan kali ini dimana beliau menang tanpa bertanding Anwar sudah masuk tiga penggal pegang jawatan.

Beliau mendakwa ada pihak tertentu tidak dapat bayangkan kalau beliau (Rafizi) jadi Presiden PKR…maka harus bertindak sekatnya dari sekarang.

“Kalau Rafizi tidak dihalang sekarang…(ia itu) jangan bagi laluan mudah untuk dia jadi Presiden parti lepas ini…kalau dia jadi Presiden parti…mampos kita.

“Kalau orang luar tanya apa yang YB dah buat (hingga keadaan jadi begitu)….Saya tidak ada salah yang lain.

“Salah saya…cuma saya jadi batu penghalang kepada satu budaya yang kita tidak setuju dari dulu.

“Saya faham (biasalah) bila parti kuasa…ada ujian kuasa…tapi jangan benarkan parti diambil alih orang macam ini,”tegasnya.- 21/5/2025 – OLEH HIEKAL ROSLI

Read more

khabar terbaru