Thursday - 22, May 2025

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR jawab dakwaan Rafizi…

Share

Selepas berdepan dengan dakwaan demi dakwaan dari Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa terdapat kepincangan dalam sistem pemilihan parti…Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Dr Zaliha Mustafa tampil dengan video khusus untuk menjawabnya

Menteri Jabatan Perdana Menteri yang jaga Wilayah Persekutuan kata dakwaan Rafizi termasuk pelantikan vendor sistem pemilihan dibuat secara senyap-senyap “tidak berasas”.

Zaliha meminta agar jawatankuasa pemilihan parti tidak dijadikan alat dalam persaingan antara calon-calon yang bertanding.

Beliau menegaskan pelantikan vendor tersebut telah dibincangkan di peringkat Biro Politik parti dan juga dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Kata Zaliha lagi, dua mesyuarat telah diadakan bagi membuat keputusan menggunakan aplikasi tersebut untuk pemilihan PKR 2025 dan perbincangan kedua telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan sistem e-undi yang menggabungkan komponen dalam talian dan fizikal.

“Saya masih ingat perbincangan ketika itu, memang saudara Rafizi langsung tidak mempertikaikan tentang lantikan vendor yang buat sistem pemilihan PKR.

“Yang dibincang, banyak dalam ‘pertikaian’ ialah pelantikan auditor (juruaudit), (tetapi) tiada (sebarang bantahan terhadap) vendor.

“Kenapa pula sekarang ni, bila kita telah pun selesai pemilihan peringkat cabang, nak pertikai pula tentang pelantikan vendor?

“Jadi macam tidak ‘sync’ (selari) lah bagi saya,” katanya pada sebuah video yang dimuat naik di media sosialnya.

Sementara itu, Zaliha memaklumkan aplikasi ADIL yang digunakan semasa pemilihan cabang bulan lalu akan turut digunakan dalam kongres hujung minggu ini.

Katanya aplikasi tersebut mula digunakan selepas pemilihan parti tahun 2022 untuk mengurus keahlian.

Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh kemudiannya mencadangkan penambahbaikan termasuk integrasi 26 modul tambahan selepas dilantik ke jawatan tersebut.

Rafizi antara lain dakwa menerima banyak aduan dari kalangan ahli yang tidak puashati dengan sistem pemilihan semasa pemilihan peringkat cabang baru baru ini.

Beliau juga dakwa ada pekara pelik berlaku seperti kes ‘badan tanpa kepala’ yakni ketua cabang kalah sedangkan ahli jawatankuasa bawah semua menang.

Katanya ada kes di sebuah cabang di Johor dimana dua orang lama tanding ketua cabang sebaliknya orang baru yang masuk menang.- 21/5/2025

Read more

khabar terbaru