ALIRAN trafik dijangka meningkat mulai esok dengan jangkaan 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama menuju pantai timur, utara dan selatan Khamis ini, susulan sambutan Deepavali. Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya (LLM), Datuk Sazali Harun berkata 2.13 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah kumpulan PLUS; 198,000 (Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak); 78,220 (Lebuhraya Pantai […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Pengeluaran Akaun 1 (Persaraan) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dibenarkan termasuk bagi tujuan menunaikan haji. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata ia susulan kerajaan mahu memastikan ahli mempunyai sekurang-kurangnya sebanyak RM240,000 simpanan asas bagi kelangsungan hidup. “Pengeluaran haji bagaimanapun boleh dilakukan melalui Akaun Sejahtera yang mula diperkenalkan sejak 2013 bagi ahli beragama Islam […]
Polis sedang menjalankan sisatan berhubung satu perhimpunan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Menara Condong Teluk Intan semalam, kata Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris. Beliau berkata berkata pihak yang berkaitan tidak memaklumkan kepada polis mengenai penganjuran perhimpunan itu. Sehubungan itu beliau berkata polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan […]
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari. Adly berkata program rintis itu melibatkan kira-kira 500 peserta di dua kem tentera di Kuala Lumpur dan Pahang sebelum diperluaskan ke 13 kem di seluruh negara menerusi pelaksanaan penuh pada 2026. “Pada tahun hadapan, kerajaan […]
Ramai yang tertunggu tunggu untuk mendengar reaksi Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim memngenai kenyataan permohonan maaf daripada bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak kepada rakyat Malaysia berhubung skandal 1MDB. Ditanya para wartawan mengenai hal berkenaan ketika ditemui selepas solat Jumaat di Putrajaya,beliau kata”terima baik, terima baik.” Semalam, Najib, dalam satu kenyataan yang dibacakan […]
Ekoran pengakuan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa kerajaan sukar untuk memansuhkan hutang PTPTN kerana komitmen kewangan yang begitu besar…Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh tampil dengan satu kenyataan pada Rabu. Menerusi facebooknya beliau berkata, sejak zaman BN memerintah lagi kerajaan telah memaklumkan bahawa hutang pinjaman berkenaan tidak […]
Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai 22 individu daripada 60 yang ditahan sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini. “Jadi apa saya boleh […]
Kerajaan mengingatkan majikan supaya tidak menjadikan kadar gaji minimum yang baharu sebagai gaji permulaan kepada semua pekerja termasuk siswazah. Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 Jumaat lepas, merupakan gaji untuk pekerja asas dengan kelayakan akademik dan kemahiran rendah termasuk pekerja sektor […]
Pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata hal ini memandangkan jumlah pekerja asing dalam negara setakat 15 September lepas didapati menghampiri jumlah siling yang ditetapkan. Saifuddin Nasution berkata jumlah pekerja asing dalam negara dipandu oleh ketetapan Kementerian […]
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah yang dikatakan pernah menjadi mangsa penindasan serta dikurung ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISB). Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah merakam keterangan wanita berusia 41 tahun itu di Balai Polis Kuala Sungai Baru, Melaka pada 24 […]










