Category Archives: TAHUKAH ANDA

PM kesal dikritik kerana bawa balik rakyat Palestin cedera

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan perasaan amat kesal dan sedih atas sikap sesetengah pihak yang mengecam dan mengkritik langkah membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini. Beliau berkata ada dalam kalangan mereka yang sanggup mencerca usaha murni berkenaan, sedangkan ia merupakan tanggungjawab kecil yang dilakukan atas dasar belas […]

Anak Thaksin, Paetongtarn Shinawatra dipilih PM Thailand baharu

Pemimpin parti Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra memperoleh undi majoriti di Parlimen pada Jumaat (16 Ogos) untuk menjadi Perdana Menteri Thailand ke-31. Paetongtarn, 37 yang mengetuai parti terbesar dalam gabungan pemerintah yang terdiri daripada 11 parti adalah anak perempuan bongsu bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra. Parti Pheu Thai yang bersifat populis, mempunyai kaitan dengan Thaksin, hanya […]

PRK Neggiri: 46 tawaran PAS hanya ‘janji kosong’ – Ku Li

Veteran UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menzahirkan kritikan terhadap PAS dan menganggap 46 tawaran yang diumum parti itu pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mungkin hanya sekadar ‘janji kosong.’ Beliau mendakwa ini kerana PAS memiliki rekod tidak menunaikan janji sejak manifesto pertama mereka pada 1959. “Kalau tengok dulu pun […]

Harga diesel turun 5 sen…

Harga diesel bermula Khamis hingga 21 Ogos ini turun 5 sen. Ini menjadikan harga runcit diesel untuk Semenanjung pada RM3.25 seliter Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung pada RM3.25 seliter adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini. “Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit […]

Ustaz Don tidak lagi boleh mengajar agama di Selangor

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menarik balik tauliah mengajar yang diberikan kepada pendakwah selebriti Don Daniyal Don Bijayid berkuat kuasa pada 24 Julai lalu. Hal ini dinyatakan dalam sekeping surat pemberitahuan mengenai perkara itu yang tular di media sosial. Perkara tersebut disahkan Exco Agama Islam Selangor Mohammad Fahmi Ngah. “Sahih,” katanya mengesahkan hal itu kepada […]

Kesihatan PM Anwar pada tahap optimum – Jabatan Kesihatan

TAHAP kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum, demikian menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Menerusi satu kenyataan malam ini, jabatan itu memaklumkan Perdana Menteri hari ini menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. “Hasil pemeriksaan […]

CEO nafi tuduhan Chegubard: Tiada kilang Felcra dijual

Felcra Berhad pada Sabtu mengesahkan tiada sebarang penjualan terhadap kilang pemprosesan buah kelapa sawit milik syarikat itu seperti didakwa sesetengah pihak, malah kilang tersebut masih beroperasi seperti biasa. Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad Datuk Idris Lasim berkata pengurusan syarikat itu turut mengesahkan bahawa tiada sebarang cadangan penjualan kilang-kilang tersebut yang telah dikemukakan kepada Lembaga Pengarah […]

Tengku Zafrul bagi penjelasan isu pelaburan Tesla…

Semalam,Khamis Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz minta wartawan tanya sendiri kepada Tesla laporan media Thailand yang dakwa syarikat itu tidak jadi buka kilang di Thailand,Indonesia dan Malaysia. Beliau hanya cakap ringkas sahaja. Namun pada hari ini,Jumaat beliau tampil dengan kenyataan panjang untuk menjelaskan kedudukan sebenar isu pelaburan Tesla. […]

Harga diesel turun 5 sen mulai Khamis

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini. Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan memaklumkan, harga tersebut bagi tempoh bermula Khamis sehingga 14 Ogos depan. “Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya pada Rabu. Ini […]

‘Tidak benar’ spekulasi rombakan besar pegawai tinggi polis…

Spekulasi kononnya akan berlaku rombakan besar melibatkan pegawai kanan polis telah menjadi hangat kerana ia didakwa melibatkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. Namun Ketua Polis Negara Razarudin Husain menerusi satu kenyataan pada Selasa kata spekulasi berkenaan adalah ‘tidak benar’. Menurutnya […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.