Category Archives: TAHUKAH ANDA

Teresa Kok terima surat ugutan bunuh serta dua peluru dalam peti suratnya….

Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh, Kuala Lumpur Teresa Kok mendapat kejutan bila beliau buka peti surat kediamannya di sebuah kondominium Sabtu malam. Apa tidaknya…beliau menemui surat ugutan bunuh dan dua butir peluru di dalamnya. Teresa dilaporkan berkata, “semalam bila saya pulang ke kediaman rumah saya dan mengambil surat di peti surat saya, saya dapati ada […]

Covid-19: KKM pantau rapi gelombang baharu jangkitan di Singapura

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan sedang memantau dengan rapi trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes-kes Covid-19 baru-baru ini, sebagaimana dilaporkan oleh Singapura. Menerusi platform X pada Ahad, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu dimaklumkan bahawa gabungan bahagian sub-varian KP.1 dan KP.2 kini merekodkan lebih dua pertiga (2/3) kes Covid-19 di […]

Dakwa syarikat pro Israel beli saham MAHB hanya hasut kebencian – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan yang mengatakan bahawa 25 peratus baki saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) akan dimiliki syarikat pro Zionis, adalah tidak berasas. Beliau berkata dakwaan yang dibangkitkan pembangkang itu hanyalah semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan. “.. tiada yang positif daripada dia (pembangkang), hanya menghasut penuh dengan kebencian dan […]

Pemuda UMNO tidak setuju buka pintu UiTM kepada pelajar bukan bumiputra

“Jangan ganggu UiTM, itu amaran keras Pemuda UMNO kepada mana-mana pihak yang cuba menjadi `pengadu domba’ dengan mengemukakan cadangan terbabit dan kami akan memastikan UiTM kekal milik Bumiputera selamanya.” ..itu kata Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh Jumaat. Serentak dengan itu beliau menegaskan jangan sesekali membangkitkan isu seperti ini lagi kerana UiTM akan kekal milik […]

Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka

KUALA SELANGOR: Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata enam lebuh raya tersebut bakal menyertai 12 konsesi lebuh raya yang telah melaksanakan SPT sejak sistem bertujuan memudahkan pengguna membuat bayaran di setiap lorong plaza tol […]

Dr Zambry kata tidak timbul soal UiTM nak buka kemasukan kepada pelajar bukan bumiputra…

Gara gara Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) UiTM menggerakkan kempen bagi membantah kemasukan pelajar bukan Bumiputera sejak semalam Selasa…Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada Rabu tampil dengansatu kenyataan. Hairan juga kenapa ia boleh melarat sampai begitu sedangkan menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) […]

PM arah tanam 100 pokok gantikan pokok terpaksa ditebang

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula. Menurut catatan di X, Anwar berkata beliau telah memberikan arahan itu kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat salleh. “Saya telah memberi arahan kepada Datuk Bandar iaitu setiap pohon […]

Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia

DOHA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas berkata “tidak” kepada idea kemungkinan kasino kedua di Malaysia. Bercakap pada Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di Doha pada Selasa, beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI). Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata semua sektor itu, antara lain, memadai […]

Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Selasa membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad berhubung kerugian yang didakwa dialami beliau susulan pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM) oleh kerajaan hampir 23 tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Suzana […]

Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinannya untuk melaksanakan lebih banyak pembaharuan dalam kerajaan, berikutan persefahaman yang kukuh dalam kalangan semua pihak di bawah Kerajaan MADANI. Walaupun pada permulaan penggalnya Kerajaan MADANI berhadapan dengan skeptisisme, beliau berkata semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat. “Dan saya […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.