TAHUKAH ANDA

Insiden Singapore Airlines…seorang dari 9 rakyat Malaysia yang cedera dalam keadaan kritikal

Dari 16 penumpang rakyat Malaysia dalam pesawat Singapore Airlines (SIA), SQ321 dari London ke Singapura yang mengalami gelora udara ekstrem… sembilan dirawat di hospital di Bangkok dan seorang dalam keadaan kritikal.

Satu kenyataan Wisma Putra memberitahu kesemua mereka mengalami masalah fizikal dan kecederaan dalaman, dengan seorang dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Terdapat 211 penumpang dalam pesawat SQ321 itu yang mendarat cemas di Lapangan Terbang Bangkok dimana 16 daripada adalah rakyat Malaysia dan majoritinya warga Australia, UK dan Singapura serta 18 anak kapal.

Menurut kenyataan itu ketika ini enam rakyat Malaysia sedang dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin dan tiga lagi di Hospital Samitivej Sukhumvit.

Katanya ahli keluarga penumpang Malaysia yang terjejas boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok melalui talian +66-2340-5731/5732 (waktu bekerja) +66-87-028-4659 (selepas waktu bekerja) bagi mendapatkan perkembangan lanjut.

Dalam kejadian itu dimana pesawat berkenaan turun mendadak 6,000 kaki selepas terkena gelora udara , seorang penumpang warga emas dari United Kingdom berusia 73 tahun, meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung manakala lebih 70 lagi cedera.- 22/5/2024

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button