Category Archives: TAHUKAH ANDA

Konflik di Asia Barat : Tabung Haji masih teruskan persiapan musim haji 2024

Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Luar, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian […]

Konflik Iran-Israel : Kenyataan PM mengenai situasi terkini di Timur Tengah…

Hari ini saya telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu selain pegawai tertinggi Kerajaan bagi membincangkan situasi terkini di rantau Timur Tengah. Serangan yang dilancarkan Republik Islam Iran adalah tindak balas yang berpunca dari serangan biadab Zionis Israel ke atas […]

MP Bukit Gantang tibai Razali kerana minta kosongkan kerusi…

Salah seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional dari Bersatu yang umum sokong kerajaan, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hentam Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris yang dakwa kerusi wakil rakyat beliau dan enam lagi gengnya sudah tergugur secara automatik ekoran kelulusan perlembagaan Bersatu Pendaftaran Pertubuhan pada 1 April lalu. Ahli Parlimen Bukit Gantang […]

Mari tengok apa cerita krisis Bersatu VS wakil rakyat belot…

Nampak gaya ‘perang besar’ macam sudah nak bermula…Baru masuk hari raya ketiga Ketua Penerangan parti Bersatu Datuk Razali Idris sudah buka langkah mendesak tujuh wakil rakyatnya yang belot segera angkat kaki kosongkan kerusi untuk bolehkan pilihanraya kecil diadakan. Katanya pada Jumaat selari dengan usul pindaan perlembagaan parti itu yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) […]

PM arah selesaikan segera masalah sesak, panas di wad kelas tiga HKL

Kerajaan akan menyegerakan penyediaan kemudahan yang perlu di wad kelas tiga Hospital Kuala Lumpur (HKL) demi keselesaan pesakit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan meneliti keperluan terbabit serta permasalahan lain untuk dibawa kepada perhatian Jemaah Menteri. “Kita lihat sendiri macam kawasan wad kelas tiga […]

Isu kalimah Allah : Tauke Vern’s jumpa Jakim…janji masa depan lebih hati hati

Pengasas syarikat Vern’s Holding Sdn Bhd Datuk Seri Ng Chuan Hoo pada Isnin beri keterangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu logo di tapak kasut keluarannya didakwa mirip kalimah ALLAH. Beliau yang ditemui wartawan dekat lobi pejabat Jakim di Putrajaya selepas hampir sejam beri keterangan memohon maaf dan bertekad menjadikan isu sebagai satu […]

Kepimpinan Umno Selangor kesal dengan dakwaan Tengku Zafrul…

Seperti yang diduga kepimpinan Umno Selangor ‘kurang senang’ pada teguran Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dakwa Umno negeri itu lesu dan hambar. Akhbar Berita Harian memetik Ketua Penerangan Umno Selangor Mohd Zaidi Md Zain sebagai memberitahu Pengerusi Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin tidak akan menjawab tuduhan Tengku […]

Isu 3R…ini mesej jelas dari PM

“Saya telah tegaskan dan saya perlu tekankan kita tidak akan bertolak ansur. Tidak peduli siapa, kedudukan dia, parti mana, jangan diugut sekiranya diambil tindakan apa lagi jika menyentuh 3R. “Ini menyentuh kedudukan raja-raja terutamanya. Institusi negara tonggaknya mesti dipertahankan termasuk prinsip Perlembagaan hak Islam dan bukan Islam semua itu tertera dalam Perlembagaan. “Cabar itu kita […]

‘Dia boleh raya dulu’ kata Muhyiddin pada wakil rakyat Bersatu yang belot…

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu sebarang langkah parti itu terhadap enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang belot akan ditentukan selepas musim Hari Raya Aidilfitri ini. “Ini bulan puasa, tak apalah, dia boleh beraya dulu. Selepas itu kita akan mengambil langkah-langkah sewajarnya mengikut pindaan perlembagaan,” katanya. Beliau mengulas isu pindaan […]

Najib dakwa pengampunan diraja turut benarkan beliau jalani tahanan di rumah

Satu perkembangan baru yang mencuri perhatian ramai timbul bila bekas Perdana Menteri Najib Razak yang sedang jalani hukuman penjara mendakwa pengampunan diraja Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut membenarkannya menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah. Najib membuat dakwaan itu apabila memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.