Category Archives: TAHUKAH ANDA

Malaysia kecam larangan Israel terhadap bantuan di Gaza

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel yang melarang serta menggantung operasi sejumlah besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa di Gaza. Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan hanya akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedia kritikal di wilayah berkenaan. Menurut kenyataan itu, halangan terhadap penyampaian bantuan […]

MCMC kuat kuasa ONSA, lindungi pengguna khususnya kanak-kanak

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) mula berkuatkuasa 1 Januari, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). MCMC dalam kenyataan berkata, ONSA menggariskan kerangka perundangan bagi meningkatkan keselamatan dalam talian serta memperkukuh perlindungan terhadap pengguna, khususnya kanak-kanak dan keluarga. Menurut MCMC, ONSA menetapkan tanggungjawab dan kewajipan ke atas pemberi perkhidmatan berlesen untuk menangani kemudaratan dalam […]

Zohran angkat sumpah Datuk Bandar New York guna al-Quran

Zohran Mamdani mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar New York sejurus sebelum tengah malam kelmarin, sekali gus menjadi Muslim pertama yang memimpin kota metropolitan terbesar di Amerika Syarikat (AS) itu selepas mengangkat sumpah jawatan dengan meletakkan tangannya di atas al-Quran. Upacara angkat sumpah itu berlangsung di stesen kereta api bawah tanah Old City Hall yang tidak […]

PAS tolak jawatan EXCO, Perlis 100 peratus ditadbir Bersatu

Tindakan PAS menolak menyertai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perlis selepas Menteri Besarnya meletak jawatan menyebabkan Perlis kini ditadbir oleh Bersatu secara sendirian. Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah memaklumkan bahawa pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perlis akan melibatkan hanya ADUN daripada Bersatu, walaupun kedua-dua parti berada di bawah Perikatan Nasional (PN). […]

Murid sekolah tidak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan

Semua murid tidak diwajibkan memakai tali leher ke sekolah mulai tahun depan. Kementerian Pendidikan menegaskan tiada pihak dibenarkan membuat sebarang paksaan atau tekanan terhadap murid berkaitan pemakaian tali leher ini. Bagaimanapun, menerusi satu surat siaran bertarikh 17 Disember lalu, pemakaian tali leher masih dibenarkan berdasarkan keputusan permuafakatan pihak sekolah dengan ibu bapa. Perkara ini diputuskan […]

Meludah di tempat awam sekitar ibu kota boleh dikompaun RM2,000, perintah khidmat masyarakat mulai 1 Januari

Bermula 1 Januari ini, sesiapa sahaja yang membuang sampah dan meludah di tempat awam di sekitar ibu kota, bakal dikenakan tindakan kompaun sehingga RM2,000 selain Perintah Khidmat Masyarakat melebihi 12 jam selama enam bulan. Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Nor Halizam Ismail, berkata sempena Tahun Melawat Malaysia […]

Henti polemik politik, tumpu selesai masalah rakyat, tangani banjir

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menzahirkan peringatan tegas kepada ahli-ahli politik di Selangor supaya menghentikan polemik politik dan memberi sepenuh tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat. Baginda turut memberi penekanan khusus kepada ahli politik supaya menghentikan perbincangan politik berlebihan dan memfokuskan kerja-kerja pembangunan demi kesejahteraan rakyat. “Cukup-cukuplah bercakap pasal politik, fokus bekerja untuk menyelesaikan […]

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, Ke-47 perkukuh kesepaduan rantau – PM

Malaysia menggalas amanah Kepengerusian ASEAN 2025 pada ketika dunia berdepan keresahan dan ketidaktentuan, dengan ASEAN kekal berpegang pada semangat kebersamaan, dialog serta saling menghormati sebagai teras utama kerjasama serantau. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Ke-47 menjadi platform penting untuk menyatukan pandangan negara anggota serta merapatkan jurang persefahaman dalam […]

MOF beri amaran salah tebus BUDI95 guna MyKad orang lain

Kementerian Kewangan memberi amaran keras terhadap perbuatan menebus subsidi Budi Madani Ron95 (BUDI95) menggunakan MyKad milik individu lain. Menurut kenyataan itu, perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peraturan yang ditetapkan. “Awas! orang ramai diingatkan bahawa menebus penggunaan BUDI95 menggunakan MyKad milik orang lain adalah satu kesalahan. “Sekiranya anda menghadapi masalah […]

MCMC teruskan libat urus dengan platform media sosial, tegaskan pematuhan undang-undang

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan meneruskan sesi libat urus dengan penyedia platform media sosial bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan tempatan, yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Januari 2026, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata, maklum balas yang diterima daripada penyedia platform terhadap libat urus yang dilaksanakan MCMC setakat ini […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.