Category Archives: TAHUKAH ANDA

Talian 999 terus beroperasi, SaveME999 jadi saluran sokongan

Telekom Malaysia (TM) memaklumkan perkhidmatan panggilan suara 999 kekal berfungsi dan terus menjadi saluran utama untuk bantuan kecemasan. Dalam kenyataan rasmi, TM menjelaskan aplikasi mudah alih SaveME999 hanya berperanan sebagai saluran tambahan bagi perkhidmatan kecemasan dan bukan pengganti talian 999. “TM turut mengambil maklum segelintir orang awam menghadapi kesukaran menghubungi talian kecemasan serta respon yang […]

104 kes kecurian kebal direkodkan tahun ini libat perkhidmatan KTMB

Terdapat 104 kes kecurian kabel di sepanjang rangkaian keretapi KTMB direkodkan bagi tempoh Januari sehingga Ogos lalu yang memberi impak kelewatan perkhidmatan ETS dan KTM Komuter. Menurut Kementerian Pengangkutan , untuk tempoh itu, 38 kes dicatatkan di Perak diikuti Selangor 37 kes dan Kedah dengan 19 kes manakala tiada kes direkodkan bagi Perlis, Melaka serta […]

Rasuah: SU sulit kanan bekas menteri dipenjara 6 tahun, denda RM8.8 juta

Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dihukum penjara enam tahun dan denda RM8.8 juta oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas lapan pertuduhan menerima rasuah membabitkan tender perkhidmatan pengiklanan tujuh tahun lepas. Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, […]

Kerjasama MCMC–ANATEL buka laluan baharu perkembangan ICT

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Agensi Telekomunikasi Nasional Brazil (ANATEL) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang telekomunikasi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pertukaran MoU tersebut berlangsung sempena Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25) disaksikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. MCMC diwakili Timbalan Pengarah Urusan (Kawal Selia dan Korporat), Datuk Zulkarnain Mohd Yasin, […]

Suspek kes liwat kucing direman 14 hari lagi

Pengawal keselamatan warga Nepal yang ditahan kerana disyaki meliwat seekor kucing di Kota Kemuning direman selama 14 hari lagi bagi membantu siasatan lanjut, termasuk kesalahan imigresen. Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata lanjutan reman diberikan selepas pihak berkuasa mendapati suspek berusia 33 tahun itu tidak memiliki permit kerja walaupun pasportnya […]

Kanak-kanak Rusia maut disengat ubur-ubur di Pantai Chenang

Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia berusia dua tahun yang dilaporkan disengat ubur-ubur di Pantai Chenang, Langkawi Sabtu lepas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar Kedah. Bapa kanak-kanak itu, Nikita Iakubanets, 32, berkata anaknya Vladimir disahkan meninggal dunia pada 9.46 pagi tadi selepas empat hari menerima rawatan di hospital itu. “Anak saya telah […]

Dua ambulan kerajaan dihantar ke lokasi yang sama kes terpencil

Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Komunikasi (KK) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) mendakwa insiden dua ambulans kerajaan dihantar ke lokasi sama merupakan kes terpencil. Dalam kenyataan bersama, KK, KKM dan TM memaklumkan menerima laporan berhubung insiden berkenaan. Perkara berkenaan sedang ditangani segera memandangkan setiap panggilan kecemasan melibatkan nyawa rakyat. “Semakan teknikal TM turut mengesahkan sistem NG […]

Pinjam tak bayar… jangan bagi alasan MARA tak tolong Bumiputera

Ketegasan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam isu pembayaran balik pinjaman adalah demi membantu lebih ramai orang Melayu dan Bumiputera yang memerlukan. Sehubungan itu, pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan supaya, jangan menggunakan alasan MARA tidak menolong Bumiputera dalam isu ini kerana hakikat sebenar adalah sebaliknya. “Tiada kompromi dengan peminjam-peminjam culas. Tak perlu guna alasan […]

Reformasi Perkhidmatan Awam perubahan berskala nasional

Reformasi Perkhidmatan Awam yang sedang dilaksanakan adalah perubahan berskala nasional, merangkumi pembaharuan nilai, budaya kerja dan kecekapan pentadbiran di seluruh kementerian, jabatan serta agensi negeri. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, usaha reformasi ini digerakkan melalui beberapa platform utama termasuk Simposium Reformasi Perkhidmatan Awam, Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN dan Program 2 […]

Struktur runtuh… Semua kerja ECRL MRR2 dihentikan, MRL mohon maaf

Semua kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berdekatan Plaza Tol Gombak dihentikan serta-merta demi melindungi keselamatan orang awam susulan insiden struktur sementara projek tersebut runtuh dan menimpa sebuah kenderaan hari ini. Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dalam kenyataannya berkata, kejadian pada jam 2 petang melibatkan runtuhan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.