Category Archives: TAHUKAH ANDA

‘Malaysian Hospitality’ cerminan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – PM

Kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan berkaitan disifatkan sebagai cerminan nilai perpaduan serta semangat ‘Malaysian Hospitality’ yang menjadi kebanggaan negara di mata dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi perkongsian di media sosial, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menjayakan penganjuran itu dengan penuh dedikasi, sabar […]

Isu gelandangan… DBKL teliti reka bentuk bandar anti-homeless infrastructure

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meneliti pelaksanaan reka bentuk prasarana bandar yang digunakan di bandar utama dunia seperti London, Tokyo dan Singapura, bagi menangani isu gelandangan di ibu negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata pendekatan itu melibatkan reka bentuk fizikal atau anti-homeless infrastructure seperti bangku awam […]

SPR boleh pertimbang kajian semula persempadanan selepas Mac 2026

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mempertimbangkan pelaksanaan kajian semula persempadanan bagi negeri-negeri Tanah Melayu, termasuk kawasan Parlimen Tebrau dan Subang selepas berakhirnya lat tempoh lapan tahun iaitu pada Mac 2026. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata kajian semula persempadanan hanya boleh dilakukan selepas tamat tempoh itu atau sekiranya […]

MCMC komited pantau kandungan dalam talian bersifat jelik, melampau

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) komited melaksanakan pemantauan proaktif dan penguatkuasaan terhadap kandungan dalam talian yang melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Ini termasuk kandungan yang bersifat lucah, palsu, mengancam, atau melampau, yang dianggap menyalahi undang-undang. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan, selari dengan agenda reformasi institusi, Seksyen 233 Akta […]

Tiada kaitan dengan kesilapan RTM… Duta Indonesia jelaskan sebab Prabowo balik awal

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono, menolak khabar angin bahawa Presiden Prabowo Subianto memendekkan lawatannya ke Malaysia pada Sidang Kemuncak Asean ke-47 akibat kesilapan pengulas RTM yang menyebut dirinya sebagai mantan presiden, Joko Widodo. Beliau berkata, jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Yvonne Mewengkang, ada menyatakan Prabowo pulang ke Jakarta semalam kerana ‘agenda padat domestik’. “Ia […]

Russia sokong hasrat Malaysia jadi anggota penuh BRICS

Rusia menyatakan sokongan terhadap hasrat Malaysia untuk menjadi ahli penuh blok ekonomi BRICS, yang disifatkan sejajar dengan prinsip asas pertubuhan itu. Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexey Overchuk berkata Malaysia menepati prinsip utama BRICS yang berasaskan konsensus dan penghormatan terhadap kedaulatan negara anggota. “BRICS ialah blok negara yang membina hubungan berasaskan rasa hormat bersama serta berpegang […]

PALSU…perintah larangan individu bawah 16 tahun guna telefon pintar – JPM

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan kesahihan dokumen bertajuk “Perintah Larangan Penggunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun” yang sedang tular di aplikasi WhatsApp. Dalam satu kenyataan, JPM menegaskan bahawa dokumen berkenaan adalah palsu dan jabatan tersebut tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan larangan penggunaan telefon pintar bagi individu bawah umur. “Orang […]

PDRM gagalkan 26 cubaan serangan pengganas sejak 2016

Tahukah anda… dalam diam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggagalkan 26 cubaan kumpulan pengganas untuk melancarkan serangan di negara ini, dalam tempoh sembilan tahun sejak 2016 hingga tahun ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan mendapati semua rancangan serangan itu sudah berada pada fasa akhir ketika berjaya dikesan polis. […]

FB Anwar dibanjiri ucapan penghargaan rakyat Kemboja

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak ucapan penghargaan daripada rakyat Kemboja menerusi media sosial susulan pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja, pada Ahad. Rata-rata hantaran yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Anwar dan Pejabat Perdana Menteri, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas peranan Malaysia sebagai pemudah cara untuk perjanjian bersejarah berkenaan yang […]

Eksport utama Malaysia dikecualikan tarif 19 peratus AS

Tahukah anda… antara kejayaan diplomasi utama Malaysia sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ini adalah sebanyak 1,711 talian tarif Malaysia dikecualikan daripada cukai import Amerika Syarikat (AS), hasil Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pengecualian itu meliputi eksport utama Malaysia seperti minyak Ssawit, barangan berasaskan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.