Category Archives: TAHUKAH ANDA

Dasar jelas dan politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia

Kejelasan, kestabilan dasar serta politik menjadi faktor utama yang menarik minat pelabur asing ke Malaysia. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Rancangan Malaysia (RMK), Kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) antara contoh dasar kerajaan yang jelas dan konsisten. “Mereka juga melihat bahawa Malaysia berbanding negara […]

PM Anwar jumpa Presiden Afrika Selatan di Brazil…

Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil membolehkan kerjasama sedia ada diperkukuh. Dalam sela masa lawatan kerja tersebut, beliau berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Presiden Republik Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa. Menerusi pertemuan itu, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk merangka langkah memperluas pelaburan strategik. Antara bidang yang dicadang seperti sektor pertanian, automotif, pelancongan dan halal. […]

Tunjuk rasa menyesal sebelum boleh kembali kepada UMNO

Ahli-ahli UMNO yang digantung atau dilucutkan keahlian perlu menunjukkan kekesalan dan komitmen terhadap perjuangan jika mahu kembali ke parti tersebut, tegas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Menurutnya, pendekatan yang diambil mesti berlandaskan kebijaksanaan serta berhemah untuk menangani mereka yang sebelum ini mengkritik parti atau meninggalkan UMNO dalam keadaan mencetuskan kontroversi. “Pendekatan kita mestilah […]

UMNO yakin rampas kembali negeri Perlis – Asyraf Wajdi

Kepimpinan dan wajah baharu yang ditampilkan UMNO Perlis membuka ruang untuk ia merampas kembali negeri itu. Selain itu, khidmat bakti berterusan yang dicurahkan parti berkenaan turut membuka mata rakyat untuk membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata peluang itu dilihat cerah di Perlis […]

Penggunaan Akaun 2 KWSP untuk insurans kesihatan adalah tidak wajib

Kerajaan menegaskan cadangan untuk membenarkan simpanan Akaun Dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan bagi membiayai premium insurans kesihatan merupakan suatu langkah yang tidak wajib, sebaliknya bersifat pilihan kepada para pencarum. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan cadangan pemilihan Akaun Dua dibuat selari dengan fungsinya yang digunakan untuk pelbagai keperluan pencarum termasuk aspek […]

Rafizi nak ‘move on’… beri bayangan tinggalkan PKR, tak tanding PRU 16

Menggunakan alasan tidak mahu menjadi sebahagian daripada budaya politik yang ditunjukkan semasa pemilihan PKR pada Mei lalu, bekas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli memberi bayangan akan meninggalkan parti tersebut selepas tamat penggal Parlimen ini dan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16). Beliau yang tewas dalam perebutan kerusi nombor dua PKR kepada Nurul […]

Kerajaan pantau pengusaha hotel guna alasan SST naikkan kadar sewa bilik

Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa semakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk menaikkan kadar bilik hotel. Semakan SST tidak memberi kesan ke atas barangan keperluan harian asas, namun mungkin memberi kesan tidak langsung kepada hotel melalui peluasan skop cukai perkhidmatan ke atas penyewaan premis komersial serta cukai jualan ke atas makanan […]

Insentif Cekap Tenaga pastikan mahasiswa dan rakyat marhean tidak terbeban

Kerajaan Madani dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan pelbagai insentif dalam skim kecekapan tenaga bagi memastikan golongan mahasiswa dan rakyat marhean tidak terbeban dengan peningkatan kos elektrik. Langkah ini memberi manfaat kepada lebih 23 juta pengguna domestik di seluruh negara, termasuk pelajar yang tinggal di kolej kediaman mahupun premis sewa, selain menyokong agenda kelestarian tenaga […]

PDRM perkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi tangani isu media sosial – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, terutamanya dalam menangani isu berkaitan penyebaran maklumat palsu dan menyalahi undang-undang di media sosial, bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin. Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pertemuannya bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini, membincangkan usaha menangani cabaran keselamatan yang […]

Feri seberang ke Bali dari Pulau Jawa tenggelam… 61 hilang

Sekurang-kurangnya 61 individu dilaporkan hilang selepas sebuah feri karam berhampiran pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali, menurut agensi mencari dan menyelamat tempatan pada Khamis (3 Julai). Menurut kenyataan Agensi Mencari dan Menyelamat Surabaya, insiden berlaku sekitar jam 11.20 malam Rabu di Selat Bali ketika feri berkenaan dalam perjalanan dari pulau utama Indonesia, Jawa, menuju ke destinasi […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.