Category Archives: TAHUKAH ANDA

Bekas Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel meninggal dunia

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa. Palanivel, 76, dilantik sebagai Presiden MIC kelapan menggantikan Tun S Samy Vellu yang menyandang jawatan itu selama 31 tahun pada 6 Disember 2010. Mendiang juga pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib […]

PRIME bantu tingkat siapsiaga hadapi bencana, kecemasan

Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) dilancarkan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam berhadapan dengan situasi bencana dan kecemasan di tempat awam. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, PRIME adalah inisiatif strategik Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kemudahan Prime dibangunkan pada kos RM1 juta bagi setiap unit. “PRIME berkeupayaan […]

SPRM cekup Pengarah PBT labur saham guna dana awam RM50 juta

Seorang pengarah sebuah jabatan kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka, ditahan selepas disyaki menyalahgunakan kuasanya untuk melabur saham berjumlah RM50 juta. Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka, kira-kira 1 tengah hari, hari ini. Sumber berkata, suspek disyaki menyalahgunakan kuasanya untuk melabur […]

Kes Yusoff Rawther… Jabatan Peguam Negara kemuka notis rayuan

Panjang lagi cerita ini selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan Muhammed Yusoff Rawther, daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan. AGC pada Isnin memaklumkan rayuan itu difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu pada 12 Jun yang melepaskan dan […]

DUN Sabah bubar hujung Julai atau awal Ogos…?

Spekulasi bilakah tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kembali diperkatakan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memberi ianya akan dilaksanakan selepas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Julai ini. Bagaimanapun, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Presiden Gagasan Rakyat berkata tarikh itu […]

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke Komuniti MADANI dalam masa 24 jam

Jabatan Penerangan (JaPen) perlu menyampaikan maklumat berkaitan dasar-dasar penting kerajaan kepada Komuniti MADANI dalam tempoh 24 jam selepas ia diumumkan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan supaya kesemua 1,878 Komuniti MADANI di seluruh negara mendapat maklumat tepat, sahih dan pantas. “Jadi tugas yang saya berikan kepada Jabatan Penerangan adalah […]

Peruntukan RM30 juta untuk transformasi digital organisasi media – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyediaan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk organisasi media di negara ini melaksanakan transformasi digital dan penggunaan teknologi baharu dalam penghasilan bahan kandungan. Perdana Menteri berkata peruntukan itu sejajar dengan usaha memperkasa ekosistem dan kelangsungan media negara. “Sepanjang ingatan saya sejak zaman merdeka, inilah peruntukan terbesar yang kerajaan beri […]

MCMC komited bantu pihak yang mempunyai masalah akses akaun media sosial

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus membantu individu dan organisasi yang menghadapi isu berkaitan akses atau kandungan pada akaun media sosial mereka. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata MCMC komited untuk membantu semua pengguna yang terjejas tanpa mengira status mereka dengan menghubungi platform media sosial bagi pihak mereka. “Dari semasa […]

Malaysia tolak lobi Amerika agar tidak hadir persidangan PBB mengenai Palestin

Malaysia tetap akan hadir persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) anjuran Peranchis dan Arab Saudi di New York dengan fokus utama terhadap penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menolak usaha Amerika yang dipimpin Presiden Donald Trump untuk melobi agar tidak menyertainya. Ketika ditemui media selepas solat Jumaat di Masjid […]

RMK13: Kerajaan negeri digesa utamakan bidang kritikal – PM Anwar

Kerajaan negeri perlu memberikan keutamaan kepada bidang kritikal yang berupaya menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk pembangunan negara secara menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bernama melaporkan Anwar berkata antara yang perlu diberikan tumpuan menerusi projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) termasuklah berkaitan industri elektrik dan elektronik. “Sering kali saya […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.