Category Archives: TAHUKAH ANDA

Harga minyak dunia tidak menentu

Harga minyak dunia direkod turun naik ketara pada Selasa apabila pasaran bertindak balas terhadap perkembangan geopolitik yang berubah dengan pantas. Sekali gus, menjadikannya antara sesi dagangan paling tidak menentu dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Penanda aras antarabangsa Brent diniagakan hampir AS$87.6 setong selepas menyusut pada sesi awal dagangan. Sementara itu, penanda aras Amerika Syarikat West […]

Sekolah cuti sembilan hari sempena hari raya Aidilfitri…

Ini baru namanya raya sakan… Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan selama satu dan dua hari, tertakluk di bawah Kumpulan A dan Kumpulan B untuk semua pelajar dan guru sempena Aidilfitri. Ini menjadikan jumlah cuti keseluruhan adalah sembilan hari. Berdasarkan kalendar akademik itu, Kumpulan A membabitkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti […]

Matawang Indonesia terendah dalam sejarah

Perang di Asia Barat telah mendorong mata wang Indonesia Rupiah (Rp) merosot ke paras terendah dalam sejarah mata wang Indonesia itu – melepasi ambang psikologi Rp 17,000 bagi setiap dolar Amerika Syarikat pada pagi 9 Mac. Kadar tersebut menyamai paras terendah dalam sejarah Rp 17,300 yang dicatatkan semasa krisis kewangan Asia pada 1997 dan 1998. […]

Kerajaan ikhtiar pertahan harga RON95 RM1.99 seliter

Kerajaan kini melaksanakan ikhtiar terbaik bagi membolehkan harga subsidi RON95 dikekalkan pada paras RM1.99 seliter, susulan konflik di Asia Barat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun harga minyak dilapor semakin meningkat, keadaan di negara ini masih lagi terkawal dengan ketetapan subsidi RON95 pada harga yang rendah agar tidak membebankan rakyat. “Walaupun kita tahu […]

Harga minyak melonjak US$105 setelah Iran namakan pemimpin baharu

Harga minyak mentah melonjak melepasi US$105 setong dan sempat mencecah paras tertinggi US$108 pada Ahad selepas Mojtaba Khamenei dinamakan sebagai Pemimpin Agung Iran yang baharu, lapor Anadolu Ajansi. Pelantikan itu menyusuli kematian bapa beliau dalam satu serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel baru-baru ini. Data daripada Trading Economics menunjukkan penanda aras minyak mentah meningkat mendadak berikutan […]

Tarikh lihat anak bulan Syawal petang Khamis, 19 Mac ini

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 19 Mac 2026 bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, untuk itu jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang hari tersebut melibatkan 29 lokasi. “Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh […]

UMNO buka pintu, jemput ahli dipecat, digantung kembali sertai parti

UMNO membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahlian dan individu yang ingin bersama dalam perjuangan parti untuk menyertai UMNO. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan serta perbezaan lalu dimaafkan sepenuhnya bagi membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh […]

“Scammer” mampu lesapkan dana dalam 10 minit, lapor segera 997 – Saifuddin Nasution

Sindiket penipuan dalam talian atau scammer mampu melesapkan antara 80 hingga 90 peratus wang simpanan mangsa dalam tempoh hanya tiga hingga 10 minit, menerusi rangkaian akaun keldai yang berlapis-lapis. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata taktik sindiket yang memecahkan transaksi kepada jumlah kecil seperti RM1,000 hingga RM3,000 menyebabkan pengeluaran berkenaan tidak mencetuskan amaran awal […]

SARA bulanan mula dikreditkan ke dalam MyKad

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan mula dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bermula hari ini. Kementerian Kewangan (MoF), menerusi perkongsian di media sosial, memaklumkan bantuan berjumlah RM100 diberikan kepada penerima isi rumah Sumbangan Tunai Rahmah (STR), manakala RM50 disalurkan kepada warga emas dan bujang. Bagi kategori penerima STR dan eKasih pula, bantuan yang dikreditkan […]

MCMC tumpu pendekatan mesra masyarakat sampaikan mesej internet selamat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberikan tumpuan kepada pendekatan mesra masyarakat dalam pelaksanaan Kempen Internet Selamat 2026 bagi memastikan mesej keselamatan digital dapat disampaikan secara lebih berkesan hingga peringkat akar umbi. Menurut MCMC, strategi utama tahun ini beralih kepada penganjuran Karnival Komuniti pada peringkat kampung, mukim dan daerah di seluruh negara bagi mewujudkan suasana […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.