Category Archives: TAHUKAH ANDA

Anwar kecam pembunuhan Khamenei

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, sambil menyifatkan tindakan itu meletakkan Asia Barat di ambang ketidakstabilan serius dan berpanjangan. Dalam kenyataan di Facebook, Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada Republik Islam Iran dan rakyatnya atas kehilangan pemimpin tertinggi negara itu. Jelasnya, tindakan menyasarkan ketua negara secara […]

DAP gesa kerajaan tubuh RCI siasat tuduhan terhadap SPRM

DAP antara parti utama yang membentuk kerajaan menggesa supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM dan ketuanya menjadi tumpuan kemarahan orang ramai menyusuli beberapa laporan media pada awal Februari yang menuduh agensi itu, antara lain, telah melakukan salah laku dan melanggar undang-undang perkhidmatan […]

Kementerian Komunikasi akan terus mudah cara pelaksanaan projek pelaburan Google

Kementerian Komunikasi bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memudah cara pelaksanaan projek pelaburan syarikat gergasi teknologi Google sebanyak USD2 bilion di Malaysia. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata ia meliputi langkah memastikan kesiapsiagaan infrastruktur dan pematuhan peraturan sekali gus memperkukuh aspirasi Malaysia sebagai hab serantau bagi data selamat, pengkomputeran awan serta […]

10 kes rasuah berprofil tinggi yang dibongkar SPRM tahun 2025

Sekurang-kurangnya 10 kes besar dan berprofil tinggi telah dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Januari 2025 hingga kini. Ia sekali gus membuktikan komitmen agensi itu dalam memerangi rasuah di Malaysia. Kejayaan itu dijangka disusuli beberapa lagi siasatan mega sepanjang 2026, sekali gus meneruskan rentak kejayaan agensi antirasuah itu pada 2025 yang disifatkan […]

Rakyat Malaysia di Iran enggan pulang tandatangani surat persetujuan tanggung risiko

Kementerian Luar memaklumkan seramai 13 orang rakyat Malaysia di Iran yang enggan pulang ke tanah air telah diminta menandatangani surat indemniti. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata menerusi surat berkenaan, mereka tidak boleh menyalahkan Kerajaan Malaysia sekiranya berlaku perkara di luar jangka berikutan situasi meruncing di negara itu. Jelas Mohamad, antara yang menandatangani surat […]

PM hargai keberanian tujuh pemuda di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap tindakan pantas tujuh pemuda yang terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang ibu serta dua anak kecil yang terlibat dalam nahas di Tasik Biru, Kundang dekat sini, Isnin lepas. Menerusi hantaran di Facebook, beliau menzahirkan rasa tersentuh dan penghargaan atas tindakan nekad pemuda berkenaan yang sanggup […]

Pendakwa utama SPRM dipindah ke Jabatan Peguam Negara

Pendakwa utama dalam beberapa kes rasuah berprofil tinggi, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin telah dipindahkan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) sebagai Timbalan Ketua II Bahagian Perbicaraan dan Rayuan. Menurut satu pekeliling bertarikh 24 Februari, pertukaran Wan Shaharuddin yang juga Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM akan berkuat kuasa […]

Kes naya… ada yang guna AI tiru wajah dan suara Exco Johor

Polis mengesan 12 akaun media sosial dan laman web yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk meniru wajah dan suara ahli Exco Johor bagi tujuan penipuan. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata satu laporan dibuat pada 20 Februari lalu oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail. “Siasatan awal mendapati akaun-akaun ini, […]

SPRM sangkal dakwaan wujud ‘Mafia Korporat’, sifatkan cubaan cemar kredibiliti siasatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan mengaitkan kewujudan “Mafia Korporat” dengan suruhanjaya itu serta menyifatkan ia sebagai cubaan mencemarkan kredibiliti siasatan dan tindakan penguatkuasaan terhadap pihak tertentu dalam sektor korporat. SPRM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan tuduhan itu tidak berasas dan dipercayai berpunca daripada sebuah blog dalam talian tanpa identiti pemilik, penulis atau akauntabiliti […]

Dakwaan suapan jawatan buat dua anak: Exco Terengganu mohon dibicarakan

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Hanafiah Mat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu atas dua tuduhan menggunakan kedudukan untuk kepentingan ahli keluarganya pada tahun 2018 dan 2020. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai yang berusia 66 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.