Category Archives: TAHUKAH ANDA

Jawatankuasa Khas dukung hasrat Anwar bantu Gaza dibentuk

Satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia akan dibentuk bagi mendukung komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha permulaan membantu membangunkan semula Gaza. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh […]

Malaysia bina sekolah, hospital dan masjid di Gaza – PM

Malaysia akan menggerakkan usaha membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza bagi membantu meringankan penderitaan yang ditanggung penduduk Palestin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, usaha itu akan direalisasikan dengan menggembleng sinergi dan kerjasama semua pihak, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan swasta serta seluruh rakyat. […]

KEMASKINI: Semua lima mangsa tanah runtuh sudah ditemui – Polis

Mangsa kelima yang dikenal pasti mangsa terakhir dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri ditemui pada 6.06 petang tadi. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa disahkan Fatimah Dawi, 71. Dengan penemuan mayat wanita warga emas itu, lima mangsa disahkan terkorban dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 […]

DBKL jalankan siasatan dakwaan pemberian projek RM4 juta

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta. Memetik laporan New Straits Times, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif mengesahkan siasatan tersebut dan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan […]

Chatbot AIFA dilancarkan untuk perangi berita palsu – Fahmi

Pengguna WhatsApp kini boleh menyemak penyebaran berita palsu dengan menggunakan bot sembang (chatbot) baharu untuk mengesahkan teks mesej sebelum disebarkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Menurutnya chatbot – AIFA (Pembantu Semak Fakta Kecerdasan Buatan) akan dapat mengesahkan teks mesej dalam empat bahasa utama – Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil. Fahmi berkata demikian pada pelancaran AIFA […]

Diskaun tol… kerajaan hilang kesempatan melakukan pembaharuan fiskal

Bukan semua gembira dengan keputusan kerajaan memberikan diskaun 50 peratus untuk kenderaan persendirian ketika musim perayaan ini. Bagi bekas ahli lembaga pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Shahrim Tamrin pengumuman kerajaan memberikan subsidi 50 peratus tol adalah langkah mundur dan kehilangan peluang keemasan melakukan pembaharuan fiskal. “Ia (keputusan pemansuhan tol percuma) sepatutnya menjadi […]

Tembak di Morib… Indonesia hantar nota diplomatik

Di tengah-tengah sambutan lawatan rasmi Presiden Indonesia Prabowo Subinto ke Malaysia… media dua negara dihangatkan dengan kejadian tembakan di Pantai Morib yang menyebabkan seorang mati dan empat cedera. Semuanya dipercayai warganegara Indonesia yang balik ke negara itu secara haram melibatkan pegawai peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Kedutaan Indonesia di Malaysia telah menghantar nota diplomatik […]

Diskaun tol 50 peratus hanya untuk pengguna kenderaan persendirian sahaja

PLUS Malaysia dalam satu kenyataan terkini di laman media sosialnya memaklumkan bahawa diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina kali ini, hanya ditawarkan kepada pengguna kenderaan persendirian atau kelas 1. Diskaun berkenaan akan bermula pada jam 12.01 tengah malam ini hingga 11.59 malam, Selasa. “Ikuti panduan berikut untuk menikmati tawaran 50 peratus […]

Amanah yakin menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16, kata Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (Amanah) mampu memenangi belasan kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, berdasarkan sokongan rakyat terhadap parti itu yang dilihat semakin baik walaupun perlahan. Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan keadaan perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul. “Memang kita tahu parti […]

Moody’s Ratings kekal penarafan Malaysia, satu pengiktirafan

Moody’s Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada tahap A3 dengan tinjauan ‘stabil’. Agensi penarafan global itu memaklumkan Malaysia akan menjadi ekonomi penarafan A yang paling pesat berkembang dalam dua tahun akan datang. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu merupakan pengiktirafan terhadap usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memacu perubahan struktur, berpandukan hala […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.