Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terlebih dahulu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Fadhlina berkata satu garis panduan yang jelas telah wujud ketika ini menyebut tentang perkara berkenaan. “Dan, apa sahaja keperluan (kerja sambilan) yang mereka buat tidak boleh mengganggu tugas hakiki mereka. Ia juga tidak boleh dilakukan […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Jenayah dalam talian terus meningkat dengan jumlah kes yang membimbangkan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 35,368 kes jenayah dalam talian telah direkodkan sepanjang tahun 2024 dengan jumlah kerugian melebihi RM1.5 bilion. Manakala pada tahun 2023, sebanyak 34,495 kes dicatatkan dengan kerugian berjumlah RM1.22 bilion. Menurut Fahmi, pihak berkuasa […]
Pemberian tol percuma pada musim perayaan tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya bertol, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid. Beliau berkata yang penting ialah pengguna jalan raya mengubah sikap dan merancang perjalanan apabila tiba musim perayaan. “Jumlah gantian dalam bentuk pampasan oleh kerajaan kepada pemegang konsesi tol itu melebihi RM35 […]
Dalam menghadapi era digital yang pantas verkembang dan berubah ini… kerajaan melalui CyberSecurity Malaysia akan melancarkan Akademi Keselamatan Siber Malaysia (MCSA) pada suku pertama tahun ini. Akademi tersebut penting untuk mencerminkan komitmen untuk memperkukuh pertahanan digital dan meningkatkan kedudukan keselamatan siber global negara. Menyedari keperluan mendesak terhadap profesional keselamatan siber berkemahiran, CyberSecurity Malaysia menerusi kenyataan […]
Hampir sembilan juta rakyat Malaysia akan menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bermula Rabu ini dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion, berbanding RM2.1 bilion pada 2024. Kementerian Kewangan berkata, sumbangan tunai itu akan memanfaatkan 60 peratus penduduk dewasa, dengan pendapatan isi rumah sekitar RM4,600. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim […]
Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini termasuk bagi sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi. Bagaimanapun kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke […]
Kebimbangan mengenai masa depan ekonomi telah meningkat menjadi rungutan dengan ramai yang percaya tindakan memberontak seperti keganasan mungkin diperlukan untuk membawa perubahan, menurut tinjauan global oleh firma komunikasi Edelman. Tinjauan terhadap 33,000 responden di 28 negara menunjukkan tahap ketidakpercayaan yang teruk terhadap kerajaan dan entiti perniagaan, dengan ramai responden melihat mereka sebagai melayani kepentingan sempit […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Belgium untuk berlepas ke Davos, Switzerland seiring dengan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025. WEF 2025 memainkan peranan penting dalam menangani pelbagai cabaran global melalui kerjasama dan dialog antara pemimpin dunia. Mesyuarat tahunan ini menghimpunkan hampir 3,000 pemimpin dari seluruh dunia, termasuk wakil kerajaan, perniagaan, dan masyarakat sivil, untuk […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta teliti langkah-langkah penyelesaian untuk mengatasi isu menara telekomunikasi terjejas ketika musim banjir. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata MCMC diminta mengadakan bengkel bersama semua syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengenal pasti kawasan menara telekomunikasi yang sebelum ini tidak dilanda banjir, tetapi berpotensi terjejas pada […]
Memalukan nama negara… seorang lelaki warga Malaysia berusia 40 tahun dijatuhkan hukuman penjara 19 bulan di Singapura selepas didapati bersalah atas tuduhan mengendap wanita. Kes ini menjadi viral kerana melibatkan pengkhianatan terhadap sebuah keluarga yang telah berkongsi tempat tinggal dengannya selama lebih tujuh tahun. Lelaki tersebut, yang bekerja sebagai operator mesin aeroangkasa, didapati mengendap tuan […]










