Category Archives: SUARA PEMBACA

Ihya’ Ramadan pertama Anwar bersama warga JPM…

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjadi lokasi pertama penganjuran Program Ihya’ Ramadan yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 1 tengah hari diiringi Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. Beliau meluangkan masa kira-kira […]

JAKIM tarik tiga badan persijilan halal dari China, Croatia dan Perancis

Produk yang mendapat pengesahan halal oleh tiga badan pensijilan halal luar negara yang pengktirafan halal mereka telah ditarik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini bermula dari tarikh penarikan itu. Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata larangan itu berkuat kuasa hingga ketiga-tiga badan pensijilan itu membuat penambahbaikan […]

Kes Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM terlepas hukum mati, kekal 18 tahun penjara

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan hukuman itu dan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, lapan tahun lepas. Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama […]

Lelaki warga Israel dipenjara tujuh tahun miliki peluru, senjata api

Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kajang hari ini kerana memiliki 200 peluru dan enam senjata api. Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Avitan, 39, mengaku bersalah bersalah terhadap dua pertuduhan berkenaan dan mengambil kira keseriusan kesalahan memilik senjata api. “Oleh itu, mahkamah menjatuhkan […]

Apa cerita perbicaraan kes pukul OKU di Pasar Tani Kemaman…?

Ingat balik kes lelaki kurang upaya (OKU) mental dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman pada 17 Januari lalu. Kes yang heboh dan mencuri perhatian ramai seluruh negara ini sudah masuk mahkamah Isnin lalu. Dalam insiden berkenaan Nor Al Faizan Jusoh, 47, cedera dibelasah beberapa individu selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar satu daripada gerai […]

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros: PM

Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata perbincangan tersebut menyentuh aspek-aspek kerjasama terutamanya melibatkan projek-projek baharu yang akan diterokai oleh kedua-dua syarikat terbabit dalam apa jua bidang. “Kesepakatan yang telah dipersetujui […]

MCMC perkasa sumber rujukan Chatbot AIFA, pastikan jawapan tepat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memperkaya sumber rujukan Chatbot Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) dengan data dan sumber baharu bagi memastikan ketepatan jawapan diberikan kepada pengguna. MCMC menerusi kenyataan kepada Bernama hari ini memaklumkan, pihaknya akan terus mengkaji pola isu yang ditanya oleh pengguna di Chatbot itu dari semasa ke semasa serta membina […]

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baru hubungan diplomatik 50 tahun

Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bahrain bermula malam ini bakal membuka lembaran baharu hubungan diplomatik Malaysia dan negara Asia Barat itu, yang telah mencapai usia 50 tahun pada tahun lepas. Duta Besar Malaysia ke Bahrain Shazryll Zahiran berkata lawatan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri ke negara itu, merupakan atas jemputan Putera Mahkota Bahrain […]

Aktivis sokong seruan Akta SOSMA 2012 diperhalusi

Aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye menyokong langkah kerajaan mahu memperhalusi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) supaya tidak menjejaskan prinsip keadilan dan martabat manusia. Lee dalam kenyataan berkata walaupun objektif untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan tidak boleh dinafikan, adalah sama pentingnya agar langkah-langkah berkenaan tidak mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil. […]

Malaysia mengatasi sasaran KDNK, defisit fiskal 2024

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia melonjak kepada 5.1% pada 2024 (2023: 3.6%), melebihi unjuran awal Kerajaan sebanyak 4% hingga 5% yang diumumkan dalam Belanjawan 2024. Kerajaan MADANI juga mengatasi sasaran defisit fiskal bagi tahun 2024 iaitu 4.1% (2023: 5%) berbanding sasaran 4.3%. Pencapaian ini mencerminkan keyakinan dan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk mengubah ekonomi Malaysia, […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.