Category Archives: KEMBARA

Mahkamah Singapura perintah sita pegangan Capital A dalam BigPay, Teleport

Mahkamah Tinggi Singapura telah mengeluarkan perintah untuk menyita pegangan saham syarikat induk AirAsia, Capital A, dalam BigPay dan Teleport berikutan penguatkuasaan kes timbang tara melibatkan pengasas bersama platform e-dompet tersebut. Perintah itu dikeluarkan selepas anak syarikat milik penuh Capital A, Move Digital Sdn Bhd, diarah untuk membeli balik pegangan minoriti dua pengasas bersama BigPay, Christopher […]

AirAsia mohon maaf

Syarikat penerbangan AirAsia tampil memohon maaf secara terbuka dan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih inklusif untuk menyokong tetamu berkeperluan khas, susulan insiden sebuah keluarga tidak dibenarkan menaiki pesawat pada cuti Aidiladha, baru-baru ini. Langkah berkenaan diambil selepas syarikat penerbangan itu selesai menjalankan semakan menyeluruh berhubung kesukaran yang dihadapi keluarga terbabit bagi penerbangan […]

Rumah panjang miliki kelebihan sebagai produk pelancongan komuniti – Tiong

Rumah panjang di Sarawak mempunyai kelebihan tersendiri untuk ditonjolkan sebagai produk pelancongan berasaskan komuniti, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing. Beliau berkata seiring pelaksanaan Program Homestay Pengalaman Malaysia oleh kementerian, rumah panjang menawarkan pengalaman budaya yang tidak dapat ditemukan di tempat lain di dunia. Tiong berkata selain warisan budaya dipelihara, […]

Banjaran Nakawan lambang keindahan semula jadi Perlis

Banjaran Nakawan iaitu banjaran batu kapur tertua dan terpanjang di Malaysia, yang menganjur sepanjang 36 kilometer merentasi sempadan antarabangsa antara negeri Perlis dan Wilayah Satun, Thailand. Diiktiraf sebagai komponen geologi utama dalam Perlis Geopark, banjaran berketinggian purata ini digelar sebagai “Nadi Bumi Perlis” kerana peranannya yang kritikal dalam ekosistem dan warisan negeri. Raja Perlis, Tuanku […]

Malaysia antara negara paling dipercayai di dunia

Malaysia tersenarai antara negara paling dipercayai di dunia tahun ini apabila menduduki tempat ketujuh daripada 28 negara dalam Laporan Edelman Trust Barometer 2026. Indeks Kepercayaan Malaysia turut meningkat kepada 71 mata berbanding 66 mata tahun lalu. Kajian itu menilai tahap keyakinan rakyat terhadap sektor perniagaan, kerajaan, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Namun, laporan tersebut […]

Inflasi naik kepada 1.9 peratus, pengangkutan punca utama

Kadar inflasi Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi April 2026 mencatatkan kenaikan 1.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Menurut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), peningkatan itu didorong terutamanya oleh lonjakan dalam kumpulan pengangkutan yang meningkat kepada 4.1 peratus berbanding 1.6 peratus pada bulan sebelumnya. Selain pengangkutan, beberapa kumpulan lain turut […]

Mohd Khafiz cipta sejarah tawan Gunung Everest

MOHD Khafiz Bachok mencipta sejarah apabila berjaya menempatkan diri dalam kalangan pendaki elit Malaysia yang berjaya menawan Gunung Everest pada 2.25 pagi waktu Nepal, hari ini. Menurut hantaran Facebook oleh penganjur ekspedisi AltiPro Adventures, Mohd Khafiz berjaya menawan gunung tertinggi dunia berketinggian 8,848.86 meter (m) itu bersama pendaki Mongolia, Munkhuu Myagmar serta pemandu Sherpa, Mingma […]

Tiada tiket balik… warga China nekad redah pintu pelepasan antarabangsa KLIA

Seorang wanita warga China ditahan selepas bertindak agresif ketika cuba melalui pintu pelepasan antarabangsa di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata dalam kejadian pukul 1.35 petang di Pintu Pelepasan Antarabangsa C, suspek didapati melalui pintu autogate pemeriksaan keselamatan tanpa tiket sah dan bertindak agresif […]

Lebih 10 juta pelancong melawat Malaysia suku pertama 2026

Malaysia mencatat pencapaian baharu dalam sektor pelancongan pada suku pertama 2026, apabila menerima lebih 10.6 juta pelawat antarabangsa, angka tertinggi pernah direkodkan bagi tempoh tersebut. Malah, Malaysia juga merekod tahun kedua berturut-turut melepasi 10 juta ketibaan pelancong dalam tempoh tiga bulan pertama 2026. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata negara […]

Tiada penularan hantavirus di Malaysia… tapi KKM terus pantau rapat

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sedang melaksanakan pemantauan rapi situasi penularan hantavirus bagi mengelakkan risiko penularan ke negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, KKM sentiasa berhubung rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta organisasi kesihatan antarabangsa lain bagi mendapatkan perkembangan semasa wabak tersebut. Menurut beliau, setakat ini kes dan kematian yang dilaporkan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.