Category Archives: KEMBARA

Hampir tujuh juta pelancong melawat Malaysia dua bulan pertama tahun ini

Kedatangan pelancong ke Malaysia meningkat sebanyak 31.3 peratus kepada 6.7 juta orang bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan. Beliau berkata Singapura kekal menjadi negara penyumbang utama pelancong ke Malaysia dengan 3.1 juta orang, diikuti China, Indonesia, Thailand dan Brunei. “Tahun lepas, Malaysia merekodkan […]

Jambatan baharu Sungai Golok hubung Malaysia dengan Thailand

Ini berita baik untuk yang suka ke Thailand menggunakan jalan darat… tak lama lagi ada jambatan yang merentasi Sungai Golok selepas Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan pembinaannya. Jambatan kembar itu bakal merentasi Sungai Golok yang akan menghubungkan Daerah Sungai Kolok di wilayah Narathiwat dengan Rantau Panjang di Kelantan, Malaysia. Timbalan Jurucakap Kerajaan Thailand, Anukul Prueksanusak […]

Melaka tuan rumah Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026

Kerajaan bersetuju agar Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 diadakan di Melaka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, Melaka dipilih memandangkan negeri tersebut bukan sahaja mempunyai prasarana lengkap, malah kebudayaan serta gastronomi menarik yang mampu menarik pelancong asing. “Melihat kepada persiapannya dari segi budaya, makan minum, prasarana, itu kalau diatur dengan baik […]

Adakah kita sedar sebenarnya kita terbang dengan pesawat ‘lama’?

Permintaan perjalanan udara terus meningkat, tetapi kapal terbang baharu mengambil masa yang lama untuk dibina. Syarikat penerbangan dunia hanya memperbaharui semula pesawat lama. Gangguan pandemik Covid-19 mungkin terasa seperti sudah berakhir untuk sesetengah industri, tetapi bukan untuk penerbangan. Bekalan armada kapal terbang tidak berjalan sebagaimana mestinya, malah penghantaran pesawat baharu juga terhenti. Akibatnya, syarikat penerbangan […]

Berita baik sempena Tahun Melawat Malaysia 2026…

Koperasi terlibat dalam sektor pelancongan tidak perlu bimbang untuk memberi diskaun harga hotel, inap desa atau produk pelancongan kepada pelanggan terutamanya menjelang sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Amran Abdul Kadir berkata hal ini kerana terdapat peruntukan khas yang membolehkan koperasi terlibat membuat tuntutan bagi promosi dan […]

Malaysia, Thailand antara 10 lokasi persaraan terbaik dunia

Malaysia mengukuhkan reputasinya sebagai satu daripada 10 negara terbaik untuk persaraan bagi 2025 oleh International Living, menduduki tempat ketujuh dalam Annual Global Retirement Index terbitan majalah itu. Senarai yang dinanti-nantikan itu dikeluarkan baru-baru ini oleh majalah yang berpangkalan di Ireland, menilai 20 negara berdasarkan beberapa faktor utama termasuk kos sara hidup, penjagaan kesihatan, pilihan visa […]

Lipis Pahang antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia

Bandar Lipis di Pahang dan Telupid di Sabah dinobat sebagai antara 20 Bandar Paling Bahagia Tahun 2025 menerusi Indeks Kebahagiaan Malaysia. KPKT dalam kenyataan memaklumkan lapan daerah dianugerahkan Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Daerah) manakala 12 lagi bagi Kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran pada Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya. “Selain Lipis dan Telupid, tujuh […]

Tempat menarik di Kelantan… Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah cukup terkenal sebagai lokasi mesti singgah bagi pelancong yang berkunjung ke Kelantan. Bagaimanapun bagi orang tempatan, ia bukan sahaja pasar basah membeli ikan dan sayur, ia juga lokasi mendapatkan pelbagai jenis kuih-muih tradisional. Setiap kali Ramadan pula, kemeriahan Pasar Siti Khadijah berganda-ganda, kedai menjual kuih-muih dikerumuni pembeli malah mereka bukan saja datang […]

Kerajaan bayar separuh harga pakej pelancongan untuk rakyat

Ini baru mantap… Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand memperkenalkan pakej pembayaran bersama untuk rakyat tempatan bagi mempromosikan pelancongan domestik semasa musim kurang pelancong asing (low season). Menurut Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Thienthong, pakej promosi pelancongan untuk rakyat Thailand akan bermula pada Mei selepas mendapat lampu hijau daripada kabinet. Di bawah skim itu, orang ramai […]

50,000 dijangka banjiri Labuan sempena Festival Flora Borneo

Lebih 50,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa dijangka memeriahkan Festival Flora Borneo (BFF) yang dianjurkan buat julung-julung kalinya di pulau bebas cukai itu pada Julai ini. Dijadualkan selama lima hari bermula 26 Julai, festival berkenaan dijangka menjadi acara ikonik untuk pulau itu yang akan mencipta limpahan ekonomi signifikan melalui pelbagai aktiviti perniagaan. Menteri di Jabatan Perdana […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.