Category Archives: KEMBARA

Rakyat Malaysia rugi RM3 bilion setahun akibat fi tersembunyi forex

Tahukah anda setiap tahun rakyat Malaysia yang tukar duit untuk ke luar negara mengalami kerugian akibat caj atau fi tersembunyi? Lebih teruk lagi rakyat Malaysia berisiko kerugian sehingga RM3.3 bilion setahun menjelang 2029 sekiranya tidak mengendahkan fi tersembunyi dalam tukaran asing (forex). Hasil dapatan kajian baharu di bawah Wise, sebuah syarikat teknologi global, mendedahkan rakyat […]

Phuket destinasi pelancongan utama Thailand 2024

Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08). Ini diikuti oleh Chonburi dengan lebih 310 bilion baht dan Surat Thani dengan lebih 110 billion baht, kata Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasikan Watthanachan dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi Kerajaan Diraja […]

Rakyat Malaysia diminta tangguh perjalanan ke Yala, Narathiwat dan Pattani

Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang berada atau merancang untuk ke wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani di Thailand agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku baru-baru ini. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan bahawa pihaknya, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, sedang memantau rapat situasi di ketiga-tiga wilayah tersebut. […]

Tiket harga tetap Batik Air ke Sabah sarawak sempena hari raya…

Untung orang yang nak balik beraya di Sabah dan Sarawak kerana syarikat penerbangan premium, Batik Air melancarkan ‘Tiket Tetap Hari Raya’ bagi memastikan penumpang dapat terbang dengan mudah dan yakin, tanpa perlu risau tentang harga tiket yang berubah-ubah. Inisiatif istimewa ini menawarkan tambang tetap sehala serendah RM319 ke Sarawak dan RM379 ke Sabah, dengan penerbangan […]

Arab Saudi ‘intai’ pelaburan baharu dalam AirAsia

Dana pelaburan Arab Saudi dilaporkan ingin melabur sekitar AS$100 juta pada syarikat penerbangan tempatan, AirAsia. Dengan langkah ini, ia bukan sahaja akan membantu AirAsia dari segi pendanaan, tetapi juga akan mengukuhkan pelancongan antara rantau Asia Tenggara dan Arab Saudi. Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka […]

Berbagai program sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 di India

Tourism Malaysia terus mempergiatkan usaha untuk menarik pelancong India ke Malaysia sempena pelancaran kempen “Tahun Melawat Malaysia 2026” (VM2026) di India bulan lepas khususnya di Selatan India. Timbalan Pengarah Tourism Malaysia (India Selatan dan Sri Lanka) Shahrim Tan berkata pihaknya telah memulakan usaha dengan mengadakan jerayawara pada tahun ini bagi menjayakan kempen tersebut. “Kami baru […]

Filem dan pelancongan… kempen bijak kerajaan China

“Jom, melancong ke China” menjadi tular seiring dengan tayangan filem-filem China di peringkat global. Semakin ramai pelancong asing tertarik dengan cita rasa China sejak pelaksanaan kempen “China Travel with Chinese Films” anjuran bersama Jabatan Pentadbiran Filem China dan Kumpulan Media China (CMG). Sebuah kapal persiaran dengan kira-kira 500 pelancong asing berlabuh di Pelabuhan Qingdao pada […]

Malaysia hantar benih padi untuk simpanan bilik kebal kiamat

Malaysia terlibat dengan usaha global untuk menyimpan lebih sejuta biji benih di tempat selamat bagi mengelakkan kepupusan akibat bencana. Terbaru, Malaysia menerusi melalui agensi kerajaan MARDI telah menyumbang beberapa jenis biji benih kepada ‘bilik kebal kiamat’ atau Svalbard Global Seed Vault (SGSV). SGSV adalah sebuah pusat penyimpanan benih global yang terletak di Pulau Spitsbergen, kepulauan […]

Pameran ‘Rasa Alam’ di Balai Seni Negara Langkawi sehingga 31 Julai

Kuntuman bunga kantan tanaman arwah ibu menjadi sumber ilham kepada seorang pelukis, Hashim Man dalam menghasilkan karya untuk dipamerkan sempena program Ilustrasi Botani: Rasa Alam di Balai Seni Negara (BSN) di Langkawi. Hashim yang juga seorang penulis dengan nama pena Ubi Marchino berkata memori bersama ibunya menyuntik semangat untuk beliau menghasilkan karya tersebut bagi menjayakan […]

Naik belon panas tarikan pelancongan terbaharu di Melaka

Melaka bakal mempunyai tarikah terbaharu sektor pelancongan iaitu ‘Skyview Hot Air Balloon’ yang akan beroperasi sepenuhnya di Dataran Sejarah, Ayer Keroh bermula 1 April depan. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pada peringkat awal, dua belon panas akan beroperasi, dan jumlahnya akan ditambah kepada enam unit bergantung kepada sambutan yang diterima. Harga tiket […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.