Malaysia selaku Pengerusi ASEAN ketika ini memainkan peranan penting dalam menyelaras respons blok serantau itu terhadap kejadian gempa bumi terbaru di Myanmar, kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong. Wong berkata beliau berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengenai situasi kemanusiaan susulan bencana itu. “Beliau baru-baru ini melawat Thailand dan memaklumkan […]
Category Archives: YANG VIRAL
Malaysia sedang menggiatkan usaha untuk memperkukuh kerjasama dalam ASEAN dan juga dengan negara jiran lain seperti Maldives, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata walaupun Malaysia mengutamakan hubungan lebih erat dalam kalangan negara anggota ASEAN, namun ia juga perlu meluaskan penglibatannya melangkaui rantau ini ke negara-negara sahabat yang berkongsi aspirasi bersama untuk pembangunan […]
Banyak laporan menyatakan kem Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli, termasuk beberapa nama besar tewas pada pemilihan parti peringkat cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita, yang berlangsung baru-baru ini. Kekalahan mengejut itu menyaksikan antara pemimpin yang dikaitkan dengan Rafizi, termasuk Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; […]
Pembangunan semula kawasan perumahan lama di Kuala Lumpur bukan agenda mengusir orang Melayu, sebaliknya untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha baik itu malangnya dijadikan bahan politik penuh cacian konon mahu merampas tanah Melayu dan agenda Cina mengusir Melayu daripada ibu kota. “Saya tidak mengerti politik […]
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu menanti dua bulan lagi untuk tahu keputusan rayuannya terhadap terhadap sabitan dan hukuman kerana bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Pengurusan kes itu yang dikendali pada Khamis menetapkan keputusan berkenaan akan diumum pada 25 […]
Persoalan ini kerapkali berbangkit bila ada polimek berkaitan Kerajaan Perpaduan. Oleh itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta semua pihak khususnya dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera perlu memahami hakikat ini bagi menolak tohmahan bahawa UMNO mahu menjual negara apabila menyertai Kerajaan Perpaduan. Menerusi Wawancara Siri #2 Bongkar Fitnah Islam Terancam yang […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Johor bagi memperkukuh infrastruktur, memperluas liputan rangkaian Internet serta meningkatkan kesedaran rakyat terhadap keselamatan siber dan literasi digital. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata sebanyak RM300 juta dana disediakan dalam tempoh dua tahun bagi memastikan pelaksanaan dan objektif berkenaan tercapai menerusi Memorandum Persefahaman […]
Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand baru-baru ini berpotensi eksport berjumlah RM1.07 bilion yang merangkumi produk seperti alat ganti automatik, pembinaan, minyak dan gas, tenaga dan peranti perubatan. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata minat untuk mendapatkan produk negara itu disampaikan menerusi mesyuarat meja bulat anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar […]
Ini kes berat bagi Nik Nazmi Nik Ahmad kerana beliau berjawatan seorang menteri. Siapa sangka Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar tumbang di tangan selebriti Afdlin Shauki dalam saingan jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa,Kuala Lumpur. Dalam pada itu Nik Nazmi ialah salah seorang Naib Presiden PKR pusat. Pada pemilihan yang sengit itu Afdlin dapat […]
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diberi tempoh empat bulan, sehingga Ogos melaksanakan pemutihan menyeluruh peniaga tidak berlesen di ibu negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata perkara itu untuk menangani isu penjaja tanpa lesen selain merupakan pendekatan baharu bawah inisiatif Lestari Niaga. Menerusinya, lesen diberikan kepada penjaja berdasarkan […]










