Monday - 7, July 2025

Debaran kes Syed Saddiq dua bulan lagi…

Share

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu menanti dua bulan lagi untuk tahu keputusan rayuannya terhadap terhadap sabitan dan hukuman kerana bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Pengurusan kes itu yang dikendali pada Khamis menetapkan keputusan berkenaan akan diumum pada 25 Jun ini.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dilaporkan memberitahu mengenainya.

“Tarikh itu ditetapkan pada pengurusan kes melalui aplikasi Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli hari ini,” kata Wan Shaharuddin.

Ia juga turut disahkan oleh peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq.

“Tarikh itu ditetapkan pada pengurusan kes melalui aplikasi Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli hari ini,” kata Wan Shaharuddin.

Pihak pendakwaan dan pembelaan selesai berhujah pada 17 April, di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Pada 9 Nov 2023 Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang membabitkan dana Armada.

Syed Saddiq, 32, didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020 dengan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, ahli politik itu didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi kesalahan itu, hukuman diperuntukkan mengikut Seksyen 4(1) akta sama iaitu penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan. – 24/4/2025

Keputusan rayuan kes Syed Saddiq selepas 24 April ini….

Keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya akan diketahui pada satu tarikh yang akan ditentukan selepas 24 April ini.

Ini setelah Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Khamis menetapkan tarikh lain iaitu pada 24 April hadapan bagi pengurusan kes rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagi mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Armada.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim berkata, pihaknya perlu meneliti hujahan pihak pembelaan dan menetapkan 24 April ini sebagai tarikh pengurusan kes dan tarikh keputusan.

Prosiding itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin dan Farah Ezlin Yusop Khan.

Kemudian ia disusuli hujahan pihak pembelaan diwakili Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Bercakap kepada wartawan di lobi Istana Kehakiman selepas prosiding mahkamah,Syed Saddiq berkata sebagai seorang yang menghormati institusi kehakiman, beliau berharap panel tiga hakim berpuas hati dengan hujah-hujah yang dikemukakan barisan peguam yang mewakili dirinya.

“Sebagai salah seorang yang menghormati sistem perundangan negara, kita meletakkan kepercayaan kepada institusi kehakiman dan hakim-hakim yang tadi telah mendengar rayuan kami.

“Setakat ini Alhamdulillah semua berjalan dengan baik, saya terhutang budi kepada mereka di luar sana yang sentiasa memberikan doa dan sokongan yang tidak putus-putus sampai ada yang buat bacaan Yassin semalam secara dalam talian.

“Saya hanyalah salah seorang insan yang menuntut keadilan mahkamah untuk membersihkan nama saya dan memulihkan integriti saya,” katanya.

Syed Saddiq hadir di mahkamah ditemani oleh sebiangan ahli keluarganya termasuk ibu.

Turut hadir ialah selebriti Bella Astillah.- 17/4/2025

Read more

khabar terbaru