Category Archives: YANG VIRAL

BN ada majoriti mudah bentuk kerajaan selepas PN umum sokongan

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan, hal itu selepas lima ADUN Perikatan Nasional ( PN) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama demi menjamin kelangsungan pentadbiran kerajaan. Menurut ADUN BN Negeri Sembilan, melalui kenyataan sokongan daripada lima ADUN PN, […]

Keputusan rayuan akhir pendakwaan berhubung pembebasan Syed Saddiq 30 Jun ini

Mahkamah Persekutuan menetapkan 30 Jun ini untuk menyampaikan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu. Pemakluman […]

Hantaran hina Sultan: EXCO Selangor gesa PDRM, MCMC ambil tindakan tegas

Beberapa EXCO Kerajaan Selangor meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan tegas terhadap hantaran yang menghina Sultan Selangor menerusi media sosial. Mereka menyifatkan tindakan berkenaan sebagai melampau, biadab dan tidak boleh diterima sama sekali dalam sebuah negara yang berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kebudayaan […]

Isu tahanan rumah Najib kini ‘tutup buku’…

Kini kisah dan kontroversi mengenai usaha Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan tahanan di rumah atas baki hukuman penjara enam tahun tidak lagi timbul. Bekas Perdana Menteri itu secara rasmi telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung semakan kehakimannya berkaitan Titah Adendum. Ini bermakna, bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 73 tahun […]

PM saran majikan swasta laksana waktu kerja fleksibel

Majikan sektor swasta disaran mengamalkan pendekatan lebih anjal dan pragmatik dalam mengurus operasi susulan tekanan kos yang semakin meningkat, termasuk mempertimbang pelaksanaan aturan kerja fleksibel. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah seperti amalan bekerja dari rumah (BDR) yang telah dilaksanakan dalam […]

Sidang DUN Negeri Sembilan ditangguh ke tarikh baharu

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 yang bermula hari ini ditangguhkan kepada tarikh yang akan ditentukan kemudian. Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun selepas istiadat pembukaan persidangan itu yang disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pagi tadi. “Sidang dewan kita tangguh kepada tarikh yang bersesuaian mengikut […]

Trump umum lanjutan gencatan senjata AS-Iran

Presiden Donald Trump pada Selasa melanjutkan gencatan senjata Amerika Syarikat (AS) dengan Iran untuk memberi lebih banyak masa untuk rundingan, hanya beberapa jam sebelum ia berakhir, tetapi beliau berikrar untuk mengekalkan sekatan pelabuhan Tehran. Beliau sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak akan melanjutkan gencatan senjata dan memberi amaran tentang penyambungan semula pengeboman apabila ia tamat […]

77 peratus ibu bapa sokong umur minimum pengguna media sosial 16 tahun ke atas

Lebih 77 peratus golongan ibu bapa di negara ini menyokong pelaksanaan menetapkan had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial. Jumlah tersebut berdasarkan kajian global Family First yang diusahakan Varkey Foundation di 15 buah negara termasuk Malaysia. Peratusan sokongan itu juga menyaksikan Malaysia merupakan negara tertinggi yang menyokong usaha melindungi kanak-kanak di ruang digital. […]

PDRM tidak campur urusan agama, adat resam Negeri Sembilan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri urusan agama dan adat resam di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad menegaskan, kontinjen amat menghormati Adat Perpatih dan undang-undang berkenaan yang menjadi teras kedaulatan pemerintahan, pentadbiran dan perpaduan negeri ini. “Sehubungan itu, PDRM tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan […]

TH pantau rapi perang Asia Barat… penerbangan haji Malaysia ikut jadual

Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada sebarang perubahan membabitkan jadual penerbangan jemaah haji bagi musim 1447H/2026M yang dijadualkan bermula Sabtu ini. Penerbangan sulung yang membawa 284 jemaah akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekali gus memulakan fasa keberangkatan secara berperingkat sehingga 20 Mei depan. Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air (OHTA), […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.