Category Archives: YANG VIRAL

Zahid mohon YDP Agong beri pengampunan penuh pada Najib

Setelah Datuk Seri Najib Razak capai kejayaan di Mahkamah Rayuan berkaitan titah adendum hari ini…Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi telah mengeluarkan satu kenyataan antara lain memohon Yang di-Pertuan Agong sekarang untuk memberikan pengampunan penuh buat bekas Perdana Menteri itu selaras kuasa prerogatif Baginda. Serentak dengan itu Timbalan Perdana Menteri kata perakuan wujudnya titah adendum […]

Filem animasi Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa

Filem animasi terbaharu terbitan syarikat produksi Les’ Copaque bertajuk ‘Dongeng Sang Kancil’ mampu bersaing di peringkat antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sambil merakamkan ucapan syabas, Anwar turut memuji filem animasi watak popular cerita rakyat itu yang disifatkan beliau sebagai sebuah karya membanggakan negara. “Pastinya, filem ini menghidupkan semula elemen nostalgia kanak-kanak yang […]

Polis Indonesia dedah peranan tiga pegawai kanan yang dipecat kerana peras penonton Malaysia

Tiga pegawai kanan polis dipecat secara tidak hormat akibat terlibat dalam kes peras ugut penonton Projek Gudang Djakarta (DWP) 2024 Ketiga-tiga anggota polis yang diberhentikan secara tidak hormat (PTDH). Harian Kompas melaporkan setelah mengikuti perbicaraan kod etika profesional (KEPP) Polis Indonesia yang berlangsung selama dua hari. Berikut ialah peranan tiga bekas pegawai kanan polis iaitu […]

Mati selepas tonton konsert tahun baru… polis masih tunggu ujian toksikologi

Kisah malang empat warga tempatan, dua lelaki dan dua perempuan dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun maut selepas menghadiri satu konsert tahun baharu yang diadakan di Bandar Sunway akan selepas ujian toksikologi diperolehi tidak lama lagi. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mereka masih menunggu laporan analisis toksikologi berkaitan kes kematian empat […]

Kebakaran besar di Labuan… 261 orang hilang tempat tinggal

Kebakaran besar yang melanda Skim Perumahan Masyarakat Pelarian (SPMP) Muslim, Jalan Batu Arang di sini pada hari pertama tahun baru pagi tadi menyebabkan 261 orang daripada 42 keluarga kehilangan tempat tinggal. Kebakaran berlaku kira-kira 10 pagi itu memusnahkan 39 rumah setinggan kayu di penempatan berkenaan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Abdul Rahman Ali berkata […]

Pegawai awam dilarang beri kenyataan memburukkan nama kerajaan – KSN

Semua pegawai awam dinasihat tidak mengeluarkan kenyataan awam, kecuali yang telah diberi kuasa atau mandat untuk berbuat demikian bagi pihak kementerian atau jabatan. Semua pegawai awam dinasihat tidak mengeluarkan kenyataan awam kecuali yang diberi kuasa atau mandat. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menegaskan larangan ini dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri […]

Kadar elektrik dan gas di Singapura turun bermula 1 Januari 2025

Singapura akan menurunkan tarif bil elektrik dan gas pada Januari hingga Mac tahun hadapan susulan kadar tenaga dan bahan api yang lebih rendah. Memetik laporan media The Straits Times/ANN, isi rumah yang dibekalkan oleh pengendali grid, SP Group bakal menyaksikan pengurangan tarif elektrik sebanyak 3.4 peratus berbanding suku tahun sebelumnya, berdasarkan kenyataan kumpulan tersebut. Ia […]

Empat kemalangan udara dalam sehari… dunia berduka

Industri penerbangan dikejutkan dengan empat nahas pesawat yang berlaku di seluruh dunia hanya dalam 24 jam pada Ahad. Beratus-ratus orang mati. Ini menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan penerbangan. Kemalangan paling tragis berlaku di Korea Selatan, apabila pesawat Jeju Air dengan nombor penerbangan 7C2216 dan kod HL8088, terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan. Pesawat itu […]

Tertembak pesawat Azerbaijan… Putin minta maaf, ucap takziah

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah, lapor Agensi Anadolu. “Vladimir Putin memohon maaf atas kejadian tragik yang berlaku di ruang udara Rusia dan sekali lagi menyampaikan ucapan takziah yang mendalam dan ikhlas kepada keluarga mangsa […]

Lebih 1,400 kematian akibat nahas babit lori dalam 6 tahun

Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri. Beliau berkata jumlah kematian tertinggi direkodkan pada 2019 iaitu 274 kematian, diikuti 2024 dengan 260 kematian, 2023 (235 kematian), 2022 (232 […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.