Walaupun sebelumnya terdapat polimek mengenainya dan sekitar 64 pegawai dan anggota polis dikerah berkawal…namun proses hukuman sebatan pertama di khalayak ramai di Terengganu pada awal petang Jumaat berlangsung aman dan lancar. Hukuman enam sebatan keatas Mohd Affendi Awang, 42 dilaksana di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu. Hukuman keatas tukang rumah itu yang mengaku bersalah […]
Category Archives: YANG VIRAL
Macam dalam filem aksi… itu komen netizen berikutan viralnya video aksi kejar mengejar antara kereta penjenayah Proton Satria putih dengan polis. Kecekapan polis Petaling Jaya berjaya menahan dua lelaki tempatan selepas insiden kejar-mengejar tersebut yang dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Kilometer 16 Lebuhraya Damansara-Puchong. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP […]
Jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB). Di bawah Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) antara 2022 dan 2024, tarif asas ditetapkan pada 39.95 sen/kWj. Bernama melaporkan TNB menerusi makluman kepada Bursa […]
Polis akan menempatkan kira-kira 40 pegawai dan anggota di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), di Kuala Terengganu bagi mengawal keselamatan dan kelancaran proses hukuman sebat ke atas seorang tukang rumah, Jumaat ini. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau […]
Kerajaan MADANI memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh sekiranya usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 membuahkan hasil. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mengambil kira pelbagai aspek dalam keperluan mencari pesawat itu. Selain itu, katanya ia juga bagi memastikan penggunakan dana rakyat dilakukan dengan berhemah. “Selepas lebih sedekad pesawat itu hilang dari […]
Permulaan cuti sambutan Krismas rakyat Malaysia terencat dengan berita kemalangan ngeri melibatkan bas, traler dan MPV di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh (arah utara), Isnin malam. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka tujuh individu termasuk seorang bayi perempuan maut dalam nahas yang menyebabkan kesesakan […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. Teo dalam catatan di Facebooknya pada Isnin menyatakan bahawa beliau telah menerima laporan mengenai laman yang membuat dakwaan palsu boleh membantu dalam permohonan MyPR, malah ada yang […]
Keputusan kerajaan meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan golongan pesara yang telah mencurah bakti kepada negara. Bernama melaporkan Timbalan Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Datuk Mohd Rashidi Mohd Nor berkata golongan pesara pastinya bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung. […]
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang dijadualkan berlangsung di Pulau Langkawi, Kedah hari ini, ditangguhkan. Anwar berkata beliau telah berada di Pulau Langkawi untuk pertemuan tersebut, namun Prabowo pada malam tadi, memohon penangguhan selama beberapa hari kerana keadaan kesihatannya yang kurang baik. “Mendoakan agar Presiden Prabowo diberi […]
Aliran trafik di lebuh raya utama dijangka meningkat dengan ketara mencecah sebanyak 2.55 juta kenderaan sehari menuju ke wilayah timur, utara, dan selatan, sempena cuti sambutan Krismas dan cuti sekolah hujung tahun. Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Sazali Harun berkata sebanyak 2.12 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya di bawah kumpulan PLUS. Ini […]










