Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sekali lagi menegaskan beliau akan kekal menerajui kepimpinan negeri itu sehingga penggal pentadbiran tamat. Beliau berkata tiada rombakan kabinet akan dilaksanakan dalam tempoh tersebut. “Tinggal setahun (untuk habis penggal) dan kalau nak rombak barisan exco, kita perlukan masa lagi. Setakat ini tidak ada lagi idea atau sebarang bayangan […]
Category Archives: FOKUS
Spekulasi ini sudah berlegar hangat kebelakangan ini ekoran isu kemelut dalaman parti Bersatu. Maka kedengaranlah soksek di sana ini bahawa kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen sudah goyang. Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Naib Presiden Bersatu Datuk Radzi Jidin dikatakan bakal gantinya untuk jawatan itu. Ini gara gara isu kem Hamzah […]
Ini satu maklumat yang tentunya mencuri perhatian umat Islam di negara ini kerana ia melibatkan soal Rukun Islam kelima. Siapa sangka jumlahnya agak besar. Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis bahawa sebanyak 50 peratus mereka yang mendapat tawaran menunaikan ibadah Haji pada tahun ini menolak tawaran itu. Sebabnya…kebanyakan kerana masalah kewangan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri […]
“Apa juga keputusan yang akan dibuat oleh mereka, kita dengan berlapang dada dan hati terbuka menerima.” Bahasa politik Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zahid Hamidi yang terbaru pada Rabu mengenai isu ura ura MIC hendak keluar dari BN cukup jelas dan terang. Ia tidak berubah langsung dari pendirian beliau sebelum ini yang serahkan sepenuhnya […]
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin mampu memenangi lebih 40 daripada 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 Nov ini. Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata keyakinan itu bersandarkan kekuatan jentera parti, sokongan padu akar umbi dan kerjasama mantap yang ditunjukkan oleh semua parti komponen dalam […]
Isu dakwaan rasuah melibatkan lesen mencari gali bahan mineral di Sabah yang disebar meluas menerusi video bergema lagi di sidang Dewan Rakyat ketika kempen pilihanraya negeri itu (PRN) sedang berlangsung sekarang. Ia timbul semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri bila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai isu skandal berkenaan […]
KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sedar beliau kini menjadi sasaran beberapa pihak yang mahu melihatnya dan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag itu berkata berdasarkan maklumat yang diterima, kerusi berkenaan kini menjadi sasaran pihak lawan yang […]
Fakta di depan mata sudah jelas.Malah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ulas secara terbuka untuk menangkis sebarang spekulasi dan gosip politik konon Pakatan Harapan (PH) hendak kuasai Sabah menerusi pilihan raya negeri (PRN) kali ini. Antara yang terbentang menjadi buktinya ialah pada PRN ini PH hanya bertanding 22 kerusi berbanding jumlah keseluruhan 73 […]
Sepatutnya hari ini,Ahad ialah ‘D-Day’ bagi parti MIC untuk buat keputusan muktamad samaada keluar atau kekal dalam Barisan Nasional (BN). Maka semua orang sudah pasang teropong ke Perhimpunan Agung Tahunan ke-79 MIC yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC). Untuk rekod MIC bersama MCA duduk bawah payung BN atau sebelumya Perikatan sejak negara ini mencapai […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempunyai jadual yang padat dalam lawatan ke tiga negara di benua Afrika – Ethiopia,Afrika Selatan dan Kenya bermula esok,Selasa hingga 24 November ini. Beliau yang disertai oleh delegasi rasmi dan rombongan perniagaan akan menggunakan pesawat sewaan khas Malaysia Airlines bagi menjimatkan masa dan kos. Di Afrika Selatan, Perdana […]










