Category Archives: FOKUS

Kes 22 ahli GISB Holdings Sdn Bhd sudah beres…

Kes mahkamah 22 ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa atas tuduhan menjadi anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang beres pada Jumaat setelah mereka mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman serta kemudian dibebaskan. Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap 13 ahli lelaki GISBH, manakala sembilan anggota wanita masing-masing dikenakan denda RM4,500. […]

Awas berita palsu guna nama PM ini…

‘Anwar akui banyak kesilapan perjanjian dengan US’…itu satu tajuk berita yang berlegar di laman facebook. Bunyinya memang sensasi habis dalam konteks semasa. Ini kerana adanya polimek mengenai isu perjanjian timbal balik perdagangan antara Malaysia dengan Amerika yang ringkasnya disebut ART. Malah lebih hebat untuk menguatkan lagi al-kisahnya maka logo portal berita Utusan disertakan dalam posting […]

Awas ‘panggilan senyap’ perangkap baharu scammer

Jika pernah menerima ‘panggilan senyap’ daripada nombor telefon yang tidak dikenali, hati-hati. Panggilan sedemikian berkemungkinan besar daripada scammer, menurut CyberSecurity Malaysia (CSM). Menjawab panggilan sedemikian boleh mengakibatkan nombor anda dikenal pasti sebagai nombor “aktif” dan dijadikan sasaran untuk pelbagai jenis scam pada masa akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab […]

KEMASKINI: Kes pempengaruh Taiwan mati….Namewee ditahan reman enam hari

Penyanyi rap Namewee yang serah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di Kuala Lumpur malam tadi ditahan reman enam hari bagi bantu siasatan kes pempengaruh Taiwan ditemui mati pada 22 Oktober lalu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata perintah reman keatasnya bermula hari ini 5 November hingga 10 […]

‘Saya cuma bertemu di majlis kahwin…tak bincang apa-apa’ – kata Zahid pasal isu minta Khairy masuk balik UMNO

Kalau ikut gembar gembur dan segala macam gosip politik hangat kebelakangan ini bunyinya macam Khairy Jamaluddin sudah diambang nak masuk kembali dalam UMNO bila bila masa sekarang. Ini gara gara kebetulan terserempak dengan Presiden UMNO Datuk Sri Zahid Hamidi di majlis kenduri kahwin anak anak perempuan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman di […]

Anwar tibai balik desakan Dr Mahathir letak jawatan pasal ART…’sudahlah’

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa berkongsi gambar di laman facebooknya beliau berjalan masuk ke Dewan Rakyat dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah. “Di setiap langkah, ada tangan yang sentiasa memastikan saya tidak sendirian. Love, Azizah,” tulisnya ringkas yang turut meletakkan emoji love. Beliau masuk balik kerja setelah dua hari berehat […]

Makin gawat…Saifuddin Abdullah pula kena mengadap Lembaga Disiplin Bersatu

Nampaknya makin hari makin parah…ibarat kata luka dalaman parti Bersatu terus merebak tanpa rawatan. Apakah Ahli Parlimen Indera Mahkota,Pahang Datuk Saifuddin Abdullah pula akan terima nasib seperti Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan dipecat dari Bersatu? Tandatanya ini muncul bila bekas Menteri Luar ini beritahu beliau diminta mengadap Lembaga Disiplin parti itu […]

Nga Kor Ming akhirnya mohon maaf kepada media…ajak ‘move on’

Setelah empat hari berlalu selepas buat gelagat yang menguris hati para wartawan di sidang akhbar program ‘I Lite U’ di Kuala Lumpur pada 29 Oktober,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming akhirnya ‘angkat bendera putih’. Naib Pengerusi DAP itu tampil memohon maaf secara terbuka kepada pengamal media terhadap insiden beliau menegur dan komplen soalan dari […]

Zafrul jawab dakwaan Muhyiddin pasal Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Sabtu telah menulis di laman facebooknya untuk menangkis isu isu yang dibangkitkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin pertikai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat. Menerusi satu kenyataan pada Jumaat bekas Perdana Menteri itu antara lain dakwa mendakwa Perjanjian […]

Alami masalah sakit belakang…PM dinasihat berehat dan batal lawatan ke Pahang

Setelah kebelakangan ini kelihatan terlampau sibuk padat dengan segala macam acara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang dijadualkan berlangsung pada Ahad selepas mengalami masalah sakit belakang. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pembatalan tersebut dibuat pada saat akhir atas nasihat pasukan perubatan selepas mengalami kesakitan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.