Malaysia bersedia menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Gaza bersama negara-negara sehaluan termasuk dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata perkara itu disampaikan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam mesyuarat dua hala yang diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak […]
Category Archives: FOKUS
Thailand dan Kemboja hari ini menandatangani Perjanjian Damai KL (KL Peace Accord) sebagai menandakan langkah rasmi kedua-dua negara menamatkan pertelingkahan, serta memulihkan keamanan di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian sebelum ini. Perjanjian damai berkenaan ditandatangani Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet, di luar acara Sidang Kemuncak Asean ke-47 dan […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, menandakan bermulanya siri mesyuarat peringkat tertinggi di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025. Majlis yang dihadiri para pemimpin, menteri dan delegasi ASEAN itu dimulakan dengan Lagu ASEAN dan ucapan perasmian oleh Anwar […]
Kabinet pada Jumaat bincang mengenai isu penganjuran acara yang ada menyajikan minuman beralkohol di dewan sekolah Cina yang disewakan kepada orangramai. Keputusan telah dibuat bahawa garis panduan serta amalan sedia ada adalah terpakai dan tidak ada perubahan. Ini bermakna minuman beralkohol boleh terus dihidangkan apabila dewan di sekolah Cina disewakan kepada orang ramai untuk acara […]
Penganjur Himpunan Bantah Trump sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dinasihatkan tidak meneruskan rancangan tersebut demi menjaga imej negara dan keselamatan delegasi antarabangsa. Bagaimanapun jika penganjur berhasrat untuk terus mengadakan himpunan tersebut, pihak polis menawarkan lokasi alternatif iaitu Padang Merbok. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, […]
Malaysia bakal menjadi tumpuan apabila menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hujung minggu ini, yang menyaksikan kehadiran ramai pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Setakat ini, hanya dua Presiden AS pernah melawat Malaysia – Lyndon B. Johnson pada 1996 dan Barack Obama yang mengunjungi negara ini dua kali, iaitu pada April 2014 dan […]
Tak datang saja… Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka membawa pengumuman besar sempena kehadiran beliau di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Ahad. Pengarah Williams Business Consultancy Sdn Bhd Geoffrey Williams berkata beliau menjangkakan beberapa pengumuman pelaburan baharu oleh syarikat-syarikat AS sempena lawatan Presiden itu. “Pengumuman itu kemungkinan berkaitan dengan perjanjian perdagangan bebas (FTA) penuh […]
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyuarakan pandangan beliau mengenai hukuman rotan di sekolah pada sidang Dewan Rakyat Khamis. Ketika menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) pada sesi pertanyaan Menteri…Perdana Menteri berkata beliau secara peribadi bersetuju amalan rotan dikembalikan tapi dengan syarat-syarat ketat. Beliau berpendapat kelonggaran boleh diberikan kepada hukuman pada tangan. “Pandangan peribadi saya, hukuman […]
Kerajaan MADANI memperuntukkan tambahan RM5 juta bagi tujuan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah terpilih di seluruh negara sebagai langkah segera mempertingkat keselamatan dan mengurangkan risiko kejadian tidak diingini di institusi pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan langkah itu adalah sebahagian daripada pelan tindakan menyeluruh kementerian itu bagi memperkukuh keselamatan serta menangani isu disiplin […]
Panas… panas… Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak menolak dan terbuka dengan cadangan menyertai PAS demi memperkukuh gabungan pembangkang di peringkat akar umbi. “Boleh (sertai PAS). ‘Unequivocal’ dengan cadangan tersebut, maksudnya ia sebagai ‘option’,” katanya dalam episod The Zaid Ibrahim Podcast baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya bersediakah dia bersama […]










