Sunday - 6, July 2025

MB Johor kata pilihanraya negeri tidak akan diadakan lebih awal

Share

Bagi mereka yang nak jadi tok nujum meramalkan kemungkinan pilihanraya negeri Johor disegerakan…sila lupakan.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari Isnin kata pilihanraya negeri itu tidak akan diadakan lebih awal dari jadual.

Tempoh pentabiran selepas pilihanraya negeri 2022 cuma akan berakhir pada April 2027.

Katanya di sidang dewan undangan negeri sekarang ini bukan musim pilihanraya.

Beliau ajak semua pihak cari titik temu untuk berkerjasama bukannya perpecahan.

Pada Pilihanraya negeri 2022 lalu BN menang 40 dari 56 kerusi,Pakatan Harapan 12,Perikatan Nasional tiga manakala MUDA satu.

Parti Amanah Johor telah persoalkan keenganan BN Johor bincang pembahagian kerusi.

Oleh itu,katanya Pakatan Harapan sedia bertanding solo.- 26/5/2025

Read more

khabar terbaru